qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Thursday, January 31, 2019

The Crow Special Edition

Review Komik

Assalamualaikum geng dan salam sejahtera. Orait geng kat Kosmik ni saya nak kongsikan dan review sebuah komik yang saya minati dari terbitan artis Barat.

Tajuk: The Crow : Special Edition
Jilid: 1 vol tebal khas
Karya: James O Barr
Genre: aksi
Tahun Terbitan Asal: 1989

Sinopsis Ringkas.

Mengisahkan sepasang kekasih iaitu Eric Draven dan kekasih yg merangkap tunangnya iaitu Shelly Webster dibunuh kejam oleh sekumpulan gengster. Shelly diseksa kejam, dinodai dan dibunuh di hadapan mata Eric sebelum nyawa dirinya turut melayang dihujung pistol.

Setahun berlalu, Eric kembali semula dari tanah perkuburan sambil jiwanya dibangkitkan oleh seekor burung gagak. Eric mula memburu para gengster yang membunuhnya satu persatu demi dendam dan cita.

Komen saya

Saya kenal komik ni asalnya dari siri drama The Crow lakonan Mark Dacascos dan filem lakonan Brandon Lee. Manakala info awal saya baca di Gempak.

Komik ni asal inspirasi dari pengalaman James setelah kematian tunangnya akibat penyakit. Jadi watak Eric dan kisah pembunuhan kekasihnya adalah metafora kehidupan James sebenar.

Komik ni memang terasa feel pedih, rasa memberontak dan jiwa rabak. Rasa ni pertama kali saya rasa masa baca sajak bertajuk Aku karya Chairil Anuar.

Kualiti buku agak baik untuk special edition dengan kertas kilat. Untuk edisi khas ni James letak pelbagai isi kandungan komik dengan lengkap yang mana tidak ada dalam penerbitan sebelumnya pada tahun 80an. Sebuah komik yang best dengan nilai jiwa dan hati yang sukar dimengerti namun dijiwai dari lukisan hitam putih.


The Extinction Parade

Review komik

Orait geng hari ni nak cerita sebuah komik apokalis zombie dari Barat yg special sebab berlatarkan suasana negara kita Malaysia.

Tajuk: The Extinction Parade
Pelukis: Raulo Caceres
Penulis: Max Brooks
Jilid: 3 jilid tebal

Sinopsis Ringkas

Komik ni mengisahkan  dunia pada saat itu mengalami wabak dahsyat di mana umat manusia mengalami jangkitan  zombie tanpa ada penyembuhnya. Kemuncaknya wabak zombie telah menular ke Malaysia terutama di Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama sekumpulan pontianak yang sudah sebati tinggal beratus tahun di dunia mula rasa terancam. Mereka mula kehilangan jumlah manusia untuk mendapat darah segar akibat ramai yang bertukar menjadi zomba. Arakian maka pontianak ini kemudian membantu manusia untuk menghapuskan zombie yang menyerang tanpa hentinya bagi kelangsungan hidup mereka sendiri  secara tak langsung menyelamatkan saki baki manusia yg ada.

Komen
1) walaupun dari komik Barat tapi rekaan pakaian zombie menggambarkan cara pakaian org Malaysia dari zombie pakai tudung,bersongkok,cheognsam dll. Kelihatan pakaian askar dan polis juga dilukis baik seperti angkatan keselamatan pada masa dulu.
2) salah satu watak pontianak bernama Laila mempunyai kad pengenalan ic Malaysia
3)rekaan bangunan seperti KLCC, bangunan sekitar Chow Kit dll dilukis dgn baik.
4) sebuah komik dewasa tidak sesuai bagi pembaca bawah umur.

Selain tu sy ada juga buat video review amatur berkaitan komik ni di group My Comic Community jika minat nak lihat boleh klik pautan di bawah

https://m.facebook.com/groups/401357863308887?view=permalink&id=1897071693737489

Orait enjoy geng


Thursday, September 7, 2017

Review komik Slamdunk

Slam Dunk..

Bakat....
Kisah seorang insan memperjuangkat bakat pada diri.

Karya: Takehiko  Inoue
Jum Vol: 31 jilid

Sinopsis Ringkas:
Mengisahkan seorang remaja bermasalah yang suka melanggar peraturan sekolah bernama Sakuragi Hanamichi. Namun dirinya selalu  dirundung malang kerana sentiasa ditolak cinta dari pelajar perempuan sehingga  untuk kali yang ke 50 nya.

Pertemuan Sakuragi dan Haroko telah mengubah segalanya, Sakuragi jatuh hati terhadap Haroko yg merupakan adik kepada kapten bola keranjang sekolah iaitu  Akagi.

Sakuragi bertekad untuk menjadi pemain bola keranjang  demi mengejar cintanya. Namun dari sebuah cinta , Sakuragi kemudiannya menyedari  dirinya memang seorang yg  mempunyai bakat yang hebat untuk sukan ini. Semenjak itu pelbagai peristiwa lucu dan penuh aksi dilakukan Sakuragi setelah menjadi pemain rasmi bola keranjang  untuk  Sekolah Tinggi Shokoku.

Kekuatan pasukan mereka menjadi bertambah hebat dgn kemasukan pemain baru yang mempunyai kehebatan tersendiri. Mangaka Inoue amat bijak dalam permaian plot dan pengembangan  watak. Antara kunci kekuatan pasukan Shokoku:

1)Akagi: merupakan pemain tengah yang tinggi boleh menjadi pemain pertahanan dan  manpu membolos keranjang
2)Rokawa : pemain penyerang yang hebat dan mempunyai skill permainan yg mantap.. Kelemahannya suka tidur dan bersikap dingin
3)Mitsui : pemain yang mampu menghasilkan bola 3 mata dianggap sebagai pemain MPV semenjak sekolah menengah rendah.
4) Miyagi: bertubuh kecil namun amat pantas dalam larian
5)Sakuragi: seorang remaja yg mengejar kemampuan bakatnya. Suka melakukan aksi yg  tidak terjangka dan mahir mengambil bola rebound

Antara pasukan hebat yang mereka lawan:
1) Ryonan: pasukan yang mempunyai pemain berbakat untuk menjaringkan bola iaitu Sendoh dan pemain pertahanan mirip Akagi iaitu Uozumi.
2) Kainan:merupakan juara  bertahan daerah Kanagawa. Kunci utama Kainan ialah mempunyai penyerang berbakat yg serba boleh iaitu Maki
3)Industri Sanoh: mempunyai pemain berbakat bertaraf NBA iaitu Sawakita, kelajuan dan kehebatan skilnya adalah yg terhebat di Jepun.

Keseluruhannya manga ini merupakan salah satu manga terbaik yg saya pernah baca. Ada unsur komedi, aksi, moral nilai tidak menyerah kalah dll.

Total saya bagi gred A untuk kepuasan membaca ,jalan cerita dan lukisan komik ini yang amat terbaik....


Monday, September 4, 2017

Kecemprengman

Kecemprengman

Komik superhero tempatan yg sarat dgn humor lawak antarabangsa

Tajuk: Kecemprengman (Bhgn 1)
Karya: Poyo

Review Ringkas:

Mengisahkan seorang pemuda bernama Karel yg sangat kelakar yg juga merupakan superhero bernama Kecemprengman. Kerel menggunakan sut baju rekaan Profesor B bagi menghapuskan kejahatan seperti rompakan dan anasir jahat di muka bumi.

Konflik mula muncul apabila kembar Profesor B iaitu Profesor A  yg jahat bercita-cita untuk menguasai bumi dgn menyerang kawasan menggunakan peluru berpandu bersama bahan kimia merbahaya dipanggil "Kakton  BJN 610".  Kecemprengman cuba menewaskan niat jahat Profesor B yg menggunakan robot hebat bernama Tempeyek Besi bagi menyelamatkan bumi..

Komik Kecemprengman merupakan hasil terbaik dari arwah kartunis Poyo. Karya yang padat dgn lawak tanpa henti non-stop ala2 baca siri komik antarabangsa Ujang. Gaya stroke lukisan style Malaysia dgn pengaruh kuat dari lukisan kartunis Lepat dan Bijan. Sesuai untuk dijadikan koleksi

Alfatihah kpd arwah kartunis Poyo @ Jeffri Abdul Rahman. Semoganya rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.


Thursday, August 24, 2017

Review komik Chibimaruko Chan

#2 Chibimaruko

Ok geng nak review sebuah komik manga yang popular di kaca tv terutama di saluran Astro yang siap ada promosi untuk filem alih bahasanya. Dengan muzik soundtrack "Picaya picaya perut ku dah berbunyi" komik ni menjadi terkenal bersama animasinya di seluruh dunia.

Tajuk komik: Chibimaruko
Jumlah jilid: 15
Karya: Momoko Sakura
Penerbitan Malaysia: Comic House

Sinopsis pendek:

Bagi yang tak pernah membaca manga ini, komik ini sebenarnya ialah ibarat catatan diari kartunis Momoko Sakura mengisahkan dirinya yang digambarkan dengan watak Chibimaruko semasa kecil. Catatan diari ini diubah menjadi lukisan kartun dan menguraikan segala bentuk peristiwa yang dialami Momoko Sakura dengan agak terperinci dan bai kepada sesiapa yang membacanya.
Mengisahkan Chibimaruko seorang budak yang tinggal di dalam keluarga yang susah, di dalam keluarganya mempunyai ibu dan bapa, atuk dan nenek dan seorang kakak. Hidup mereka amat susah sehingga musim sejuk keluarga ini tiada alat  pemanas dan terpaksa berselimut di bawah meja makan untuk merasa kepanasan haba.Walaupun serba kekurangan keluarga ini bahagia menggambarkan kekayaan bukannya benda yang boleh menggembirakan manusia

Maruko mejalani kehidupan biasa namun menyeronokkan seperti peristiwa menangkap katak untuk kelas biologi, pengalaman pertama Maruko membeli jam loceng, perstiwa banjir dan sebagainya. Malah Maruko berasa amat gembira bila hidungnya berdarah keluar apabila musim panas hanya untuk mendapat perhatian keluarga.

Beza paling ketara antara anime dan manga ialah sesekali Momoko Sakura akan melukis dirinya sendiri dan bukannya Maruko ketika menjalani kehidupan di masa kecil. Namun watak gambar ibu,bapa,datuk dll adalah serupa seperti kisah Maruko.

Bagi mereka yang suka baca komik aksi dan penggembaraan, membaca komik Maruko ini akan kemungkinan membawa kepada perasaan kebosanan kerana jalan ceritanya yang langsung tiada aksi pertarungan.  Sebagai peminat komik aksi agak kurang sesuai untuk saya bagi sebarang rating berkaitan kepuasan untuk membaca komik ini. Apapun sebagai peminat manga untuk kumpul komik ni x jadi sebarang masalah.

Info Tambahan
1)Momoko Sakura sendiri merasakan komik lukisannya tidak cantik tetapi kerana jalan ceritanya disukai pembaca menyebabkan komik Chibimaruko terkenal di seluruh dunia.


Review komik Dragon Ball

Orait geng lama x post apa2 kat blog sy ni..di sini saya nk tulis beberapa review komik yg sy pernah tulis di FB ..harap enjoy...boleh join group komik sy di FB dgn search Peminat Komik Manga.

#1. Mutiara Naga @ Dragon Ball

Review Komik Manga

Ok geng bagi memeriahkan group ni ,buat pertama kalinya sy nak tulis review berkaitan komik manga Jepun.Komik yang nak direview ni merupakan manga pelopor utama yg muncul awal di negara kita. Malah manga ni boleh dikategorikan top 3 manga paling popular di Malaysia yang perlu ada bagi setiap peminat komik manga.Sejujurnya saya baca komik Mutiara Naga lebih awal dari penerbitan Comic House dan ketika itu komik ini dipanggil Dragon  Bola dengan dikeluarkan di  dalam versi jilid nipis.

Tajuk: Mutiara Naga aka Dragon Ball
Karya: Akira Toriyama
Volume: 43 jilid
Penerbitan Malaysia: Comic House

Sinopsis ringkas:
Mengisahkan penggembaraan seorang budak kecil bernama Son Goku yang mempunyai ekor dibelakangnya yang bertemu dengan seorang remaja perempuan bernama Bulma bagi mendapatkan mutiara naga. Bulma berbakat dalam penciptaan alat elektronik begitu tertarik dengan kehebatan ilmu kungfu Goku lalu memilhnya untuk mendapatkan mutiara naga yang jika dikumpul akan dapat menunaikan sebarang permintaan dari dewa naga yang diseru setelah terkumpulnya mutiara naga.
Kisah kembara Goku kemudian diperluaskan dari usaha merebut mutiara naga dari Raja Pilaf sehingga kepada beberapa bahagian jln cerita yang semakin diperkembangkan oleh kartunis Akira Toriyama seperti:

a) pertempuran dengan Kumpulan Selendang Merah/ Red Ribbon
b) pertandingan kungfu antarabangsa
c) konflik  dengan pahlawan Saiya
d) peperangan dengan Fliza
e)konflik dengan cyborg/android ciptaan Dr. Gero
f) kisah Gohan meneruskan legasi ayahnya
g) peperangan terakhir menentang Majin Buu
Dan lain2

Perjalanan cerita Mutiara Naga ini  dirangka jauh oleh Akira Toriyama semenjak Goku kecil sehingga berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak. Ramai musuh yang memusuhinya kemudian bertukar menjadi baik malah membantu perjuangan Goku untuk menyelamatkan dunia. Sy keseluruhan bagi rating komik ni sebagai A pada kepuasan membaca dan aksi yg dipamerkan.

#info tambahan
1)terdapat banyak nama yang berubah untuk versi BM contoh Pikor (Picolo),Fliza(Frieza), Bezita (Vegetta) dan lain2
2)kebanyakan nama watak dalam komik Dragon Ball ini diambil dari nama sayur dan benda
3)serangan Kame Hame Ha yang famous milik Goku ni sebenarnya nama ini diambil dari nama Raja Hawaii iaitu Raja Kame Hame Ha
4) watak Goku diambil dan diinspirasikan  dari kisah Son Wukong dari cerita Journey to The West.
5) Terdapat banyak alatan ciptaan Bulma seperti motosikal dll diinspirasikan dari imaginasi Akira Toriyama dan beberapa pembuat kenderaan pernah berbincang dengan Toriyama bagi menghasilkannya di alam nyata. Malah moto yg dibawa Bulma pernah dipasarkan dan dibuat hasil kerjasama Toriyama
6) berlaku clash komik Akira di mana Goku pegi ke Kg.Penguin dalam verita Dr.Slump dan bertemu dengan watak Arale bagi menentang tentera selendang merah
Tq baca.....

Sunday, April 26, 2015

Preview: Konsol Gamecube



Assalamualikum dan salam sejahtera geng. Hari nak cerita tentang konsol retro yang lain yang terdapat di dalam generasi ke 6 dunia konsol..Tak lain dan tak bukan ialah Gamecube..Info ringkas pasal Gamecube ni..

Nama: Gamecube
Pembina : Nintendo
Tarikh Keluaran: 14 Disember 2001
Tarikh Tamat Keluaran: 2007
Jumlah Jualan: 21.74 juta
Nintendo merupakan antara pembina konsol yang paling aktif di dunia yang menceburi bidang dunia konsol dari generasi  pertama sampailah ke generasi terbaru iaitu 8. Nintendo terkenal dengan penciptaan konsol dan game yang berbentuk kekeluargaan n dapat dimainkan secara gembira n ceria contoh Mario,Kirby, Donkey Kong dll.



Kelebihan Game Cube
a)      Game Cube  menggunakan mini dvd untuk memainkan game, menyebabkan para pencetak rompak tidak mampu untuk mencetak rompak game konsol ini.
b)      Game Cube mempunyai himpunan game eksklusif yang banyak dan tiada di konsol lain kecuali Nintendo. Contohnya game famous mereka, Mario Sunshine, Super Smash Bro, Meteoroid, Resident Evil Zero. Saya kecewa gak kerana game RE  selama ini ada kat dalam konsol Playstation  dari RE1 sampai RE6 tapi tiba-tiba RE Zero hanya ada kat Game Cube dan Wii sahaja
c)       Game Cube boleh memainkan game untuk konsol Game Boy, GBA dll tapi memerlukan  game boy player attachment
d)      Mempunyai controller yang unik menyebabkan anda x rasa letih tangan walau berajam main game.
Kekurangan
a)      Kerana game cube guna mini disk jadi simpanan data hanya ada 1.5 gb berbanding  XBOX dan PS2 dimana dual layer dvd mereka boleh simpan data sampai 8.5 gb. Namun Game Cube dapat beri grafik yang tinggi disebalik kekurangan ini.
b)      Himpunan game untuk Game Cube adalah sedikit hanya ada 600 judul.
c)       Game cube mempunyai kebolehan yang terhad untuk bermain permainan online..hanya ada beberapa game sahaja.


Ok semoga anda dapat tambah ilmu…Tapi sejujurnya kalau ada Game Cube memang best sebab game eksklusif dia sangat menarik dan menceriakan.