qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Friday, April 18, 2014

Game Review: X-Men vs Street Fighter

Game review

Setelah sekian lama akhirnya baru la dapat sy nak tulis sedikit artikel berkaitan game review di dalam blog sy ni. Sy betul2 mengucapkan sori kepada mereka yang selalu melayari blog ni kerana sudah agak lama x berblog akibat kesibukan tugas bekerja. Alhamdulillah jumlah viewer semakin meningkat  walaupun x la sehabat mana tapi bagi sy sudah cukup kerana ada juga yang minat nak membaca blog sy daripada berbilion jumlah blog n website yang ada di alam maya daripada seantereo dunia ni. TQ2

Game yang sy nak review ialah game pertarungan klasik  keluaran CAPCOM iaitu X-men VS Street Fighter yang mana buat julung kalinya Capcom buat game yang fokus kepada dua watak francaisi pertarungan terkenal iaitu Street Fighter n X-Men. Kalau game Marvel VS Capcom wataknya adalah pelbagai daripada genre watak pertarungan Capcom n Marvel tapi game ni  berlainan sedikit kerana lebih berfokus kepada watak yang  spesifik daripada Street Fighter n X-Men sahaja.Antara watak yang korang boleh pilih dari Street Fighter seperti: Ryu, Ken, Zangief, M Baison, Chun- Li,Charlie dan Dalshim. Manakala watak X-men ialah:  Cyclops, Magneto, Gambit, Rogue, Jaggernaut, Wolverine, Sabertooth.

Cara pertarungan game ni adalah seperti biasa kalau korang banyak wat aksi maka meter power korang akan penuh, pas  penuh apalagi tekan la butang power max untuk guna kekuatan power terhebat korang. Power max untuk watak X-men kat game ni akan keluar perkataan X merujuk diorang ni manusia mutan X rasanya..hu2

Last sekali musuh bos terakhir  korang akan lawan watak Apocalypse yang besar gedabak. Apocalypse ni menggunakan senjata peluru berpandu , tangan bergerudi, tangan berduri n lain2 ketika nak kalahkan korang. Tapi sebenarnya x la susah sangat nak kalahkan Apocalypse ni  kalau korang kumpul meter power sampai penuh  n wat serangan power max…. mesti sekejap je Apocalypse ni tumbang. Secara keseluruhannya game ni memang cool. HuH! Kira beruntung gak main game ni sebab watak Apocalypse agak jarang keluar dalam game pertarungan jadi dapat main game ni pasti puas sebab dapat lawan boss akhir yang besar gedabak ni..Best2!!



 Watak2 dalam X-Men vs Street Fighter



 Watak utama Street Fighter iaitu Ryu n ketua X-Men iaitu Cyclops



 Ryu vs Storm




Menentang bos terakhir Apocalypse



Ken vs Apocalypse yang besar gedabak