Game Review
Game seterusnya yang sy nak review ialah game klasik
Doraemon yang mantap habis bertajuk “ “Doraemon 4: Nobita To Tuki No Okoku”. Game ni menampilkan pengembaraan secara side scrolling sama cam
game Super Mario n Adventure Islands. Apa yang best game ni korang boleh pilih
pelbagai watak favorite game Doraemon cam Nobita, Shizuka, Suneo, Gian@Giant,
Doraemon n Doralin( adik Doremon yang cute). Macam sy suka sangat guna watak
Doralin yang comel habis n warna kuning.
Jalan cite game ni ialah korang kena menggembara sambil
boleh mendapatkan gajet berkuasa yang akan muncul simbolnya di sepanjang
jalan. Musuh korang nanti terdiri
daripada robot, burung, dinasour dan macam-macam yang harus korang serang
dengan gajet atau mengelak. Jika kena serangan musuh atau terlanggar diorang,
nyawa karekter akan berkurangan yang diwakili oleh bentuk “love” di bahagian
atas skrin permainan. Permainan akan game over jika nyawa habis, atas korang
terjatuh kat lubang dan lain2 lagi.
Korang juga kena mengelak banyak benda tajam cam rantai berduri, besi tajam
yang jatuh dari dinding dan lain-lain.
Game ni agak panjang tapi x bosan. Setiap stage kat bahagain
akhir korang akan lawan watak bos untuk mara ke bahagian seterusnya. Kiranya
korang kena lawan begitu ramai musuh untuk menang game ni. Selain tu ada juga
stage korang akan naik roller coaster n bonus stage tembak musuh guna meriam.
Apa lagi yang menarik ialah kalau korang
dapat kuih dorayaki dalam game ni maka jumlah
berapa kali nak hidup semula pas game over akan bertambah. Jadi kena
banyak kutip kuih dorayaki sepanjang perjalanan. Secara keseluruhan game ni
agak best untuk relese tension cuma stage n misi nya terlalu banyak untuk
diselesaikan..