qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Sunday, April 26, 2015

Preview: Konsol Gamecube



Assalamualikum dan salam sejahtera geng. Hari nak cerita tentang konsol retro yang lain yang terdapat di dalam generasi ke 6 dunia konsol..Tak lain dan tak bukan ialah Gamecube..Info ringkas pasal Gamecube ni..

Nama: Gamecube
Pembina : Nintendo
Tarikh Keluaran: 14 Disember 2001
Tarikh Tamat Keluaran: 2007
Jumlah Jualan: 21.74 juta
Nintendo merupakan antara pembina konsol yang paling aktif di dunia yang menceburi bidang dunia konsol dari generasi  pertama sampailah ke generasi terbaru iaitu 8. Nintendo terkenal dengan penciptaan konsol dan game yang berbentuk kekeluargaan n dapat dimainkan secara gembira n ceria contoh Mario,Kirby, Donkey Kong dll.



Kelebihan Game Cube
a)      Game Cube  menggunakan mini dvd untuk memainkan game, menyebabkan para pencetak rompak tidak mampu untuk mencetak rompak game konsol ini.
b)      Game Cube mempunyai himpunan game eksklusif yang banyak dan tiada di konsol lain kecuali Nintendo. Contohnya game famous mereka, Mario Sunshine, Super Smash Bro, Meteoroid, Resident Evil Zero. Saya kecewa gak kerana game RE  selama ini ada kat dalam konsol Playstation  dari RE1 sampai RE6 tapi tiba-tiba RE Zero hanya ada kat Game Cube dan Wii sahaja
c)       Game Cube boleh memainkan game untuk konsol Game Boy, GBA dll tapi memerlukan  game boy player attachment
d)      Mempunyai controller yang unik menyebabkan anda x rasa letih tangan walau berajam main game.
Kekurangan
a)      Kerana game cube guna mini disk jadi simpanan data hanya ada 1.5 gb berbanding  XBOX dan PS2 dimana dual layer dvd mereka boleh simpan data sampai 8.5 gb. Namun Game Cube dapat beri grafik yang tinggi disebalik kekurangan ini.
b)      Himpunan game untuk Game Cube adalah sedikit hanya ada 600 judul.
c)       Game cube mempunyai kebolehan yang terhad untuk bermain permainan online..hanya ada beberapa game sahaja.


Ok semoga anda dapat tambah ilmu…Tapi sejujurnya kalau ada Game Cube memang best sebab game eksklusif dia sangat menarik dan menceriakan.






Preview Konsol XBOX Original Generasi Pertama





Nama: XBOX
Pembina: Microsoft
Tarikh pengeluaran: 15 November 2001
Tarikh Tamat: 4 Jun 2006 ( jumlah jualan 24 juta)

XBOX merupakan konsol buatan Amerika pertama yang memasuki kembali dunia persaingan konsol  generasi keenam setelah kali terakhir oleh Atari Jaguar pada lebih kurang tahun 1991. XBOX memberikan persaingan kepada PS2 dengan kebolehannya untuk memainkan dvd game sama seperti PS2. Selain itu XBOX tidak memerlukan simpanan memori kad berasingan seperti PS2 kerana memori simpanannya tersimpan di dalam konsol sebanyak 8gb. XBOX juga mampu untuk memainkan dvd sama seperti ps2 juga. Kelebihan lain XBOX mempunyai kebolehan bermain atas talian dan dapat menghubungkan data internet melalui Ethernet( sekarang orang guna wifi dah tak perlu wayer)..

Walaubagaimanapun XBOX bagi saya tak mampu untuk menandingi PS2 terutamanya dari segi jualan PS2 (150 JUTA) manakal XBOX( 24 juta). Antara faktor kenapa XBOX tak dapat sambutan kerana kebanyakan tajuk game yang  XBOX ada turut ada pada PS2 menyebabkan pengguna rasa kenapa mereka perlu membeli XBOX. Konsol XBOX pula hanya laku di pasaran  Amerika Utara dan kurang mendapat sambutan di Asia dan Jepun. Orang Jepun boleh kata x nak beli konsol ini sebab mereka lebih menyokong barangan tempatan Sony dan Nintendo daripada barangan luar.  XBOX buat macam2 contoh keluarkan game eksklusif (only on XBOX) dengan bayar kat  developer harga mahal tapi x juga dapat sambutan daripada negara Asia terutama Jepun… Contoh game Ninja Gaiden, DOA, Crazy Taxi 3, Halo, Fable dan lain-lain. Pelbagai masalah lain yang dialami oleh XBOX dari segi overheating yang membawa kepada RROD turut menyebabkan pengguna takut untuk membeli konsol generasi pertama ini.



Apapun Bill Gates ni genius dia belajar dari kesilapan untuk menghasilkan konsol XBOX 360 yang diperbaiki bagi menentang Sony.. Korang perasan x sebenarnya Bill Gates ni x kisah langsung dengan duit untuk konsol ni..baginya persaingan bisnes dan peperangan dunia konsol adalah permainan sebenar dalam  hidupnya..Ok semoga korang dapat tambah ilmu


















u…