qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Friday, April 10, 2015

Dreamcast SEGA

Assalamualaikum geng dan salam sejahtera.. hari ni nak cerita sejarah konsol lagi kat korang supaya korang dapat tambah ilmu sedikit sebanyak..
Apa yang anda akan buat jika anda hampir kehabisan wang dan syarikat anda hampir musnah.. Namun anda tetap berusaha sedaya upaya untuk kali terakhir dengan sebuah impian dan harapan  untuk terus berjaya walaupun sesukar mana.. Begitulah sebuah harapan dan impian yang dilaksanakan oleh SEGA terhadap konsol impian dan harapan mereka yang terakhir iaitu Dreamcast.  Sedikit fakta ringkas..
Nama Konsol: Dreamcast
Pembina : Sega
Tarikh Keluaran: 27 Nov 1998
Tarikh Tamat: 31 Mac 2001. ( Jualan 10.6 juta)

Dreamcast merupakan konsol pertama generasi keenam. Apabila Sega mengeluarkan Dreamcast..jualan Psone mula merosot akibat janaan  grafik untuk Dreamcast adalah lebih tinggi dan berkualiti. Dreamcast juga merupakan konsol pertama di dunia yang dapat melaksanakan permainan game di atas talian melalui internet .

Kejatuhan Dreamcast muncul setelah  Sony mengumumkan pengeluaran konsol mereka terbaharu iaitu lagenda konsol dunia PS2. Konsol  PS2 menggunakan dvd  bagi game yang digunakan menyebabkan grafik dan data dapat dipertingkatkan dalam penggunaan konsol mereka. Berbanding Dreamcast yang menggunakan cd menyebabkan data game yang kecil sahaja dapat dimainkan. Faktor lain kejatuhan Dreamcast ialah  tidak banyak pembina game third party yang mengeluarkan game untuk Dreamcast berbanding PS2 yang disokong oleh Namco, Tecmo, Capcom, Koei dll. Dreamcast terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri iaitu SEGA untuk mengeluarkan game. Faktor terakhir ialah SEGA tidak mendapat bekalan Power VR chipset yang mencukupi oleh pembekal bagi  komponen dalaman untuk membuat konsol Dreamcast menyebabkan tawaran tinggi pengguna tidak dapat mereka sediakan. Akhirnya akibat kos yang semakin tinggi dan keuntungan yang berkurangan menyebabkan SEGA menarik balik pengeluaran Dreamcast. SEGA juga kemudian telahpun keluar daripada industri konsol yang telah mereka sertai semenjak  konsol generasi ke 3. Dulu SEGA adalah pencabar terhebat Nintendo.. kalau Nintendo ada Super Mario mereka ada Sonic.  Berakhirnya legasi  SEGA  di dalam dunia konsol setelah tamatnya hayat Dreamcast, mereka kemudian hanya terlibat sebagai pembina game untuk Sony, Microsoft dan Nintendo. Antara game hebat Dreamcast seperti Shenmue, Marvel vs Capcom2, Crazy Taxy, House of The Dead, Reseident Evil Code Veronica, Power Stone dll.  Jadi kalau korang ada konsol ni pasti korang akan rasa sebuah harapan, impian dan jiwa SEGA padanya..oh Dreamcast.







Monday, April 6, 2015

Konsol PSX


Assalamualaikum geng n salam sejahtera. Hari ni nak cerita secara ringkas sebuah konsol yang tahap rare  n sukar didapati.  Nama  konsol ni PSX..sila jangan terkeliru ngan konsol pertama Sony iaitu Play Station One yang juga dikenali sebagai Ps One dan PSX juga..

Nama Konsol: PSX
Keluaran : Disember 2003
Tamat Pengeluaran: Februari 2005
Generasi: 6


Konsol ni dibina dengan kelebihan sebagai perakam video digital, dilengkapi dengan alat kawalan infra red, RF input dll.  Konsol ini juga mempunyai kelebihan bermain kesemua dvd game untuk konsol ps1 dan ps2. Selama  juga beberapa model ps2 yang mempunyai   kebolehan  backward untuk bermain  game ps1 tapi x kesemua dvd gamenya.. Antara kelebihan lain PSX ialah kebolehan menyimpan datanya..contoh model 5000 ada 160 gb simpanan data..n model 7000 ada 250 gb.  Selain itu  fungsi utama PSX ialah kebolehan mengedit video,audio dan imej yang korang rakam atau ambil  semasa bermain game.  Antara kekurangan konsol ni ialah kalau korang beli PSX ini ianya x disediakan controller..jadi kena beli sendiri controller… jangan risau PSX ni support controller ps2…Konsol ni  kemudian x mendapat sambutan dan hanya dijual kat Jepun..