qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Sunday, April 27, 2014

Kereta mini: Super Emperor Dash 01 Premium

Kereta mini: Super Emperor Dash 01 Premium

Assalamualaikum n hai semua.  Kali ni nak kongsi berkaitan hobi baru  yang sebenarnya sangatlah retro masa zaman kecik2 sekolah rendah ku iaitu berkaitan kereta mini Dash Yonkuro. Ingat x masa zaman dulu ada anime Dash Yonkuro yang sangatlah famous berkaitan perlumbaan kereta mini. Antara yang famous kereta mininya macam Emperor, Dashing Doll, Burning Sun, Shooting Star, Canon Ball dll. Dan aku masih ingat masa kat darjah 6 budak lelaki memang suka sangat main kete mini ni  dengan lumbanya kat dalam longkang sekolah.he2

Akhirnya aku mula terjebak ngan hobi ni pas roommate ku iaitu Azrain tayangkan balik cite anime ni kat aku. Last2 aku pun download balik cite ni yang versi Bahasa Malaysia kat Youtube. Dia kata kat aku hobi kete mini ni dah datang balik. Banyak orang kembali kumpul jadi koleksi. Nak jadi cite aku dari kecik suka kat kereta Proto Emperor n last sekali member kata kalau ko minat cuba ko beli online kat FB. Malangnya kete aku minat ni dah habis stok.

Jadi hujung minggu aku jalan2 kat Bandar Mukah n akhirnya jumpa kedai jual Tamiya. Cari2 kete Proto Emperor yang aku nak x ada jugak. Last sekali aku beli juga la kete Super Emperor Dash 01 Premium  ni. Pas beli aku mula pasang badan,enjin n spare part kete..sampai la siap. Rasa best lak pasang benda ni. Aku rasa patut sekolah rendah jadikan komponen pemasangan kete mini sebagai projek Kemahiran Hidup para pelajar sebab memang bagus kerana ada kena mengena dengan pemasangan komponen elektronik, memerlukan banyak penelitian n dalam masa sama meningkatkan daya minat diorang kat bidang automotif. K ni la beberapa gambar model Super Emperor yang dah siap.

Review kete ni boleh kata cool, bentuk aerodinamik, Manakala butang “on” bateri dia dah lain dengan berbentuk larasan bulat. Warna oren kat bumper kete ni yang ada roda bulat kat sisi dia memang cool n menawan. Memang mantap la!!