Slam Dunk..
Bakat....
Kisah seorang insan memperjuangkat bakat pada diri.
Karya: Takehiko Inoue
Jum Vol: 31 jilid
Sinopsis Ringkas:
Mengisahkan seorang remaja bermasalah yang suka melanggar peraturan sekolah bernama Sakuragi Hanamichi. Namun dirinya selalu dirundung malang kerana sentiasa ditolak cinta dari pelajar perempuan sehingga untuk kali yang ke 50 nya.
Pertemuan Sakuragi dan Haroko telah mengubah segalanya, Sakuragi jatuh hati terhadap Haroko yg merupakan adik kepada kapten bola keranjang sekolah iaitu Akagi.
Sakuragi bertekad untuk menjadi pemain bola keranjang demi mengejar cintanya. Namun dari sebuah cinta , Sakuragi kemudiannya menyedari dirinya memang seorang yg mempunyai bakat yang hebat untuk sukan ini. Semenjak itu pelbagai peristiwa lucu dan penuh aksi dilakukan Sakuragi setelah menjadi pemain rasmi bola keranjang untuk Sekolah Tinggi Shokoku.
Kekuatan pasukan mereka menjadi bertambah hebat dgn kemasukan pemain baru yang mempunyai kehebatan tersendiri. Mangaka Inoue amat bijak dalam permaian plot dan pengembangan watak. Antara kunci kekuatan pasukan Shokoku:
1)Akagi: merupakan pemain tengah yang tinggi boleh menjadi pemain pertahanan dan manpu membolos keranjang
2)Rokawa : pemain penyerang yang hebat dan mempunyai skill permainan yg mantap.. Kelemahannya suka tidur dan bersikap dingin
3)Mitsui : pemain yang mampu menghasilkan bola 3 mata dianggap sebagai pemain MPV semenjak sekolah menengah rendah.
4) Miyagi: bertubuh kecil namun amat pantas dalam larian
5)Sakuragi: seorang remaja yg mengejar kemampuan bakatnya. Suka melakukan aksi yg tidak terjangka dan mahir mengambil bola rebound
Antara pasukan hebat yang mereka lawan:
1) Ryonan: pasukan yang mempunyai pemain berbakat untuk menjaringkan bola iaitu Sendoh dan pemain pertahanan mirip Akagi iaitu Uozumi.
2) Kainan:merupakan juara bertahan daerah Kanagawa. Kunci utama Kainan ialah mempunyai penyerang berbakat yg serba boleh iaitu Maki
3)Industri Sanoh: mempunyai pemain berbakat bertaraf NBA iaitu Sawakita, kelajuan dan kehebatan skilnya adalah yg terhebat di Jepun.
Keseluruhannya manga ini merupakan salah satu manga terbaik yg saya pernah baca. Ada unsur komedi, aksi, moral nilai tidak menyerah kalah dll.
Total saya bagi gred A untuk kepuasan membaca ,jalan cerita dan lukisan komik ini yang amat terbaik....
qisya zahrah
Total Pageviews
Thursday, September 7, 2017
Monday, September 4, 2017
Kecemprengman
Kecemprengman
Komik superhero tempatan yg sarat dgn humor lawak antarabangsa
Tajuk: Kecemprengman (Bhgn 1)
Karya: Poyo
Review Ringkas:
Mengisahkan seorang pemuda bernama Karel yg sangat kelakar yg juga merupakan superhero bernama Kecemprengman. Kerel menggunakan sut baju rekaan Profesor B bagi menghapuskan kejahatan seperti rompakan dan anasir jahat di muka bumi.
Konflik mula muncul apabila kembar Profesor B iaitu Profesor A yg jahat bercita-cita untuk menguasai bumi dgn menyerang kawasan menggunakan peluru berpandu bersama bahan kimia merbahaya dipanggil "Kakton BJN 610". Kecemprengman cuba menewaskan niat jahat Profesor B yg menggunakan robot hebat bernama Tempeyek Besi bagi menyelamatkan bumi..
Komik Kecemprengman merupakan hasil terbaik dari arwah kartunis Poyo. Karya yang padat dgn lawak tanpa henti non-stop ala2 baca siri komik antarabangsa Ujang. Gaya stroke lukisan style Malaysia dgn pengaruh kuat dari lukisan kartunis Lepat dan Bijan. Sesuai untuk dijadikan koleksi
Alfatihah kpd arwah kartunis Poyo @ Jeffri Abdul Rahman. Semoganya rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Subscribe to:
Posts (Atom)