qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Friday, March 14, 2014

Game Review: Alien vs Predator

Game review: Alien vs Predator

Apa khabar kepada semua. Di hari ni saya ingin review sebuah game klasik terbitan Capcom  iaitu Alien vs Predator ( merupakan siri pertama game ini daripada  pelbagai francaisi game atas judul yg sama) Game ini berbentuk beat em up di mana anda boleh memilih watak daripada pejuang bumi atau predator bagi menentang Alien yang cuba menguasai bumi .

Korang juga boleh dapat extra markah kalau dapat jumpa ikon makanan yang akan keluar pas pecahkan tong atau kotak besi. Selain itu pelbagai senjata musuh seperti machine gun, senapang dan sebagainya juga dapat digunakan secara sementara selagi masih ada peluru apabila korang dapat bunuh musuh.

Musuh korang terdiri daripada alien, zombie dan juga manusia pengkhinat yang cuba nak  wujudkan lebih banyak alien bagi kepentingan peribadi sendiri.

Bos yang korang akan lawan pada setiap stage macam robot, alien dan predator gila. Untuk stage terakhir korang akan lawan Alien Queen..



 menentang pelbagai jenis alien

 Predator menggunakan senjata musuh


 Predator menentang bos  terakhir iaitu Alien Queen



Wednesday, March 12, 2014

Sajak untuk MH370.. Poem for MH370

Ini adalah koleksi sajak berkaitan kehilangan misteri kehilangan MH370. Jelas terpancar perasaan sayu, kesal dan sebagainya disebalik bait sajak yang ditulis olehnya. Khas untuk peminat sajak... Marilah kita doakan keselamatan pesawat penumpang MH370..Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya..Amin..




MH370

MH370 hilang
Itu nokhtahnya
Ia lenyap dari radar
Terputus dari alam jagat
MH370 hilang
Lenyap tanpa kesan
Tiada tanda mjd penunjuk
Tiada apa utk di cari
MH370 hilang
Sgl jentera hebat mencari
Seluruh kuasa insan diimpi
Sglnya tiada berpaksi
MH370 hilang
Ini Amaran dari Allah
Ini kuasa Allah
Insan lupa ini sunnatullah!
MH370 hilang
Doa para solihin yg YAKIN
beriman dgn ALLAH!
Doa seluruh keluarga dan doa semua mukmin!
Dgn kerendahan hati
Memohon rahmatMU ALLAHUAKBAR!
Dgn Kasih sayangMu
Dgn kebesaranMu
Allah pencipta seluruh alam
Punya kuasa mengatasi sglnya
Kami insan hina
Kami insan kerdil
Kami insan lalai
Kami insan buntu
Ampunkan kami...
YA ALLAH!
Pertemukanlah dgn rahmatMu
MH370 yg hilang.....

#doauntukMH370



Sajak 2

MH370


Biarkan
Mereka berjenaka
Mjdkn kisah ini satu mainan
Biarkan
Mereka bercerita
Mjdkan kisah ini satu dongengan
Biarkan
Mereka berencana
Mjdkan kisah ini satu perbualan
Biarkan mereka ini
Yg tiada rasa
Yg tiada jiwa
Tak punya hati simpati
Tak punya budi pekerti
Sungguh kita yg mengerti
Ada hati yg sdg terluka
Ada jiwa yg sdg meronta
Ada rasa yg sdg binasa
Ada mata yg sdg berkaca
Tolong..
Hentikan sandiwara kalian
Ini bkn permainan
Ini cerita hidup insan




Sajak 3

Sedih sayu memilu
Terlukis pd wajah
Sarat dlm hatinya
Harapan yg belum pasti
Sungguh berat ujian ini
Nun di sana
Di bumi asing yg mana?
Ada nyawa dipertaruh
Hidup atau mati
Jiwa-jiwa itu diragut seram
Bagai disiat-siat perit
Memuntahkan jeritan
yg tiada bunyi
Mimpi ngeri atau realiti
Tanda soal masih dihujung kata
Pedih..payah..kaku hati
Sedih..susah..beku jiwa
Emosi yg tiada matlamat
Redha itu pasti
Pasrah utk menanti
Segalanya hanya Allah mengerti!
Ini rencana Dia yg berkuasa
Ini berita Dia yg cipta
Krn pasti Dia mahu mendengar rintihan hambaNya yg makin jauh dr Nya....
Astaghfirullahal'azim..

#DoaUntukMH370!innallaha ma' naa
 — feeling sad.


Sunday, March 9, 2014

Game Review: Strider Hiryu

Game Review : Strider Hiryu

Game seterusnya yang saya nak review ialah sebuah game klasik tahun 1989 yang dikeluarkan oleh CAPCOM iaitu Strider Hiryu. Game ni merupakan sebuah game yang mantap habis dengan aksi pertarungan ninja,  ketangkasan lompatan dan ketelitian dalam serangan sehingga menjadikan Strider Hiryu sebagai sebuah game super mantap. Bagi sy bermain game ini ibarat berada di  dalam dunia ninja yang terpaksa menerjah ke banyak negara di bawah pengaruh komunisme seperti USSR dan China bagi menentang kejahatan. Game ni bagi saya antara game yang sukar untuk diselesaikan kerana mode pertarungan dan halangan yang agak sukar..boleh dikatakan kedua sukar setelah game Ghoul n Ghost.

Dalam game ni korang akan kendalikan watak seorang ninja bernama Hiryu yang diupah dan ditugaskan menghapuskan seorang diktator mahluk asing yang cuba memerintah dunia. Korang nanti akan menggembara ke USSR, Amazon, pesawat tentera dan lain-lain.

Kelebihan yang ada korang boleh dapat pedang saber besar kalau dapat jumpa ikonnya, selain menggunakan robot falcon, robot harimau"panther" dan lain-lain.
Musuh yang korang lawan lak memang hebat dari Robot Dinasour,Robot Gorilla, Manusia formasi Lipan dan lain-lain. Keseluruhan game ni memang superb...!





 Hiryu di USSR

 Hiryu menentang robot dinasour

 Hiryu menentang robot bebola di dalam pesawat

 Ketua penjahat Grand Master






Imej terakhir yang korang akan lihat lepas menang main game ni.. Memang mantap la Strider.Huh x sangka boleh menang game susah ni....