qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Sunday, March 9, 2014

Game Review: Strider Hiryu

Game Review : Strider Hiryu

Game seterusnya yang saya nak review ialah sebuah game klasik tahun 1989 yang dikeluarkan oleh CAPCOM iaitu Strider Hiryu. Game ni merupakan sebuah game yang mantap habis dengan aksi pertarungan ninja,  ketangkasan lompatan dan ketelitian dalam serangan sehingga menjadikan Strider Hiryu sebagai sebuah game super mantap. Bagi sy bermain game ini ibarat berada di  dalam dunia ninja yang terpaksa menerjah ke banyak negara di bawah pengaruh komunisme seperti USSR dan China bagi menentang kejahatan. Game ni bagi saya antara game yang sukar untuk diselesaikan kerana mode pertarungan dan halangan yang agak sukar..boleh dikatakan kedua sukar setelah game Ghoul n Ghost.

Dalam game ni korang akan kendalikan watak seorang ninja bernama Hiryu yang diupah dan ditugaskan menghapuskan seorang diktator mahluk asing yang cuba memerintah dunia. Korang nanti akan menggembara ke USSR, Amazon, pesawat tentera dan lain-lain.

Kelebihan yang ada korang boleh dapat pedang saber besar kalau dapat jumpa ikonnya, selain menggunakan robot falcon, robot harimau"panther" dan lain-lain.
Musuh yang korang lawan lak memang hebat dari Robot Dinasour,Robot Gorilla, Manusia formasi Lipan dan lain-lain. Keseluruhan game ni memang superb...!





 Hiryu di USSR

 Hiryu menentang robot dinasour

 Hiryu menentang robot bebola di dalam pesawat

 Ketua penjahat Grand Master






Imej terakhir yang korang akan lihat lepas menang main game ni.. Memang mantap la Strider.Huh x sangka boleh menang game susah ni....

No comments:

Post a Comment