qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Showing posts with label game review. Show all posts
Showing posts with label game review. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Yogi Bear: Game Review

Game review.

Yogi Bear

Assalamualikum n selamat sejahtera kepada anda pembaca blog semua. Di sini saya ingin review sebuah game klasik bagi pelantar Super Nintendo yg baru sy habiskan. Game ni bertajuk Yogi Bear. Kalau watak kartun n animasi kucing yg famous mesti korang ingat nama Garfield, Felix The Cat, Doraemon dan lain-lain. Tapi kalau watak beruang x banyak yg ada jadi yang paling terkenal pastinya Yogi Bear. Bagiku Yogi Bear ni sekali pandang macam jenis beruang Gizzly yang terdapat di Benua Amerika Utara n bersaiz besar dan suka makan madu n amat cekap tangkap ikan guna tangan walau badannya saiz besar. Yogi Bear ni satu watak kartun yang popular pada zaman dahulu dengan memakai topi n tali leher berwarna hijau. Kat Malaysia ni jangan korang ingat takde beruang, kalau ko gi Zoo Negara korang akan nampak  beruang jenis beruang matahari n pasti nanti korang akan ingat mentega kacang sun bear.

Assalamualaikum n have pleasant days to all of my blog readers. At here, I will review another classic retro game from the platform of Nintendo called Yogi Bear.  If the cat character have famous Garfield, Felix the Cat and etc…for bear there is not really too many and for me only the sole of Yogi Bear. Yogi Bear is a retro character animation famous with hat and green neck tie, as for my understanding Yogi is type of grizzly bear. In Malaysia we also have a bear but the size is contradict smaller compare to grizzly and been called as sun bear.

Baik lah mari kita berbalik pasal game ni. Menceritakan mengenai Yogi Bear yang cuba menyelamatkan Taman Jellystone daripada projek tapak pembinaan yang merosakkan alam sekitar.  Untuk pengetahuan korang game ni terbahagi kepada 5 tahap dengan setiap tahap ada 4 bahagian. Oleh itu untuk ke tapak pembinaan Yogi perlu menempuhi pelbagai tahap; antaranya ialah:

Alright lets back to the review, this game is regarding of Yogi Bear whose try to save Jellybean Forest from the destruction by construction site that polluted the surrounding and affected the Jellystone Park severely. As for that, Yogi have to stop the construction site by passing a lot of stages.  For your information these games been devided into 5 stages with every stage have 4 phases.

Tahap pertama: Snow Business ( Bines Salji) Yogi kena menempuhi tahap salji di mana beliau perlu mengelak dengan melompat ke atas musuh seperti orang salji, skunk, burung  dan lain-lain. Yogi akan menang pas sampai kat papan tanda kecil di akhir stage.

First stage(Snow Business): Yogi has to pass or jump on the head of enemy as to pass them. The enemy is consists of snow man, skunk, bird etc. Yogi will win after passing the last small sign board at the end of every phase.

Tahap Dua:
Cave Cappers: Yogi mengembara di dalam gua gelap dengan harus menempuhi halangan seperti pelombong, burung, skunk, tupai, arnab dan lain-lain.

Second stage:
Cave Cappers: The new adventure now take place inside of cave where Yogi have to pass miner, bird, skunk and etc

Tahap Tiga:
Redwood: Yogi kena masuk hutan, tahap ni antara stage yang paling panjang dengan menempuhi halangan musuh yang sama dengan tambahan musuh iaitu hantu.

Third stage: Yogi have to pass out the jungle with an additional of new enemy that's ghost

Tahap Empat:
Water: Yogi mengembara di atas air dengan bantuan memerang. Tapi kalau masuk dalam air ,Yogi boleh berenang sambil menempuhi halangan macam ikan ganas, tong besi dan penyu.

Forth stage: Water: Yogi have to swim or skiing with the help of otter. If Yogi get inside the water, Yogi have to face of new enemy such as  vicious fish, steel container and turtle

Tahap terakhir:
Construction Site: Ini merupakan stage paling sukar di mana pandangan korang akan terkeliru dengan jaringan besi n korang kena banyak melompat dari satu bahagian ke bahagian besi konkrit yang lain.  Paling susah kat bahagian 2 korang kena lompat bakul yang panjang untuk ke bahagian konkrit seterusnya. Musuh korang terdiri daripada pekerja binaan, robot kecil dan jatuhan tong besi.

Last stage: construction site, the most difficult stage as Yogi  have to jump off from the edge of concrete to another concrete with the difficulty of falling steel container, construction worker and small robot.

Penamat: Lepas korang dapat habiskan stage terakhir, last sekali korang akan dapat imej terakhir Yogi diraikan bersama kek dengan meriahnya.

Ending, after passing all of the stages , Yogi lastly will be celebrated with a cake..Yummy..Congratulation

*Untuk dapatkan markah yang tinggi dalam game ni korang boleh dapat point dengan mengumpul seberapa banyak jam randik, bakul dan melepasi lampu, bunga dan lain-lain yang akan menyala atau terbuka pada setiap bahagian game.

Bonus game: kalau korang dapat pergi kat katil di akhir bahagian pada sesetengah tahap  korang nanti akan berada di alam tidur n boleh dapat banyak point dengan mendapatkan pelbagai makanan macam pizza dll.

Bonus game: if you can reach to the bed at certain stages, you will get into bonus game, Yogi will be inside of dream and there are a lot of giant food such as pizza etc that will represent as certain points..

Yogi Bear di Snow Bussiness


Yogi Bear jumpa Snowman




Yogi Bear kat Cave Cappers


Yogi Bear di alam mimpi

Yogi Bear di Hutan Redwood

Yogi Bear menaiki memerang menempuhi halangan air

 Yogi dekat tapak pembinaan



Yogi menyelamatkan taman Jellystone. Diraikan dengan kek. Ni la imej  akhir kalau korang menang game ni...

Friday, March 14, 2014

Game Review: Alien vs Predator

Game review: Alien vs Predator

Apa khabar kepada semua. Di hari ni saya ingin review sebuah game klasik terbitan Capcom  iaitu Alien vs Predator ( merupakan siri pertama game ini daripada  pelbagai francaisi game atas judul yg sama) Game ini berbentuk beat em up di mana anda boleh memilih watak daripada pejuang bumi atau predator bagi menentang Alien yang cuba menguasai bumi .

Korang juga boleh dapat extra markah kalau dapat jumpa ikon makanan yang akan keluar pas pecahkan tong atau kotak besi. Selain itu pelbagai senjata musuh seperti machine gun, senapang dan sebagainya juga dapat digunakan secara sementara selagi masih ada peluru apabila korang dapat bunuh musuh.

Musuh korang terdiri daripada alien, zombie dan juga manusia pengkhinat yang cuba nak  wujudkan lebih banyak alien bagi kepentingan peribadi sendiri.

Bos yang korang akan lawan pada setiap stage macam robot, alien dan predator gila. Untuk stage terakhir korang akan lawan Alien Queen..



 menentang pelbagai jenis alien

 Predator menggunakan senjata musuh


 Predator menentang bos  terakhir iaitu Alien Queen



Sunday, March 9, 2014

Game Review: Strider Hiryu

Game Review : Strider Hiryu

Game seterusnya yang saya nak review ialah sebuah game klasik tahun 1989 yang dikeluarkan oleh CAPCOM iaitu Strider Hiryu. Game ni merupakan sebuah game yang mantap habis dengan aksi pertarungan ninja,  ketangkasan lompatan dan ketelitian dalam serangan sehingga menjadikan Strider Hiryu sebagai sebuah game super mantap. Bagi sy bermain game ini ibarat berada di  dalam dunia ninja yang terpaksa menerjah ke banyak negara di bawah pengaruh komunisme seperti USSR dan China bagi menentang kejahatan. Game ni bagi saya antara game yang sukar untuk diselesaikan kerana mode pertarungan dan halangan yang agak sukar..boleh dikatakan kedua sukar setelah game Ghoul n Ghost.

Dalam game ni korang akan kendalikan watak seorang ninja bernama Hiryu yang diupah dan ditugaskan menghapuskan seorang diktator mahluk asing yang cuba memerintah dunia. Korang nanti akan menggembara ke USSR, Amazon, pesawat tentera dan lain-lain.

Kelebihan yang ada korang boleh dapat pedang saber besar kalau dapat jumpa ikonnya, selain menggunakan robot falcon, robot harimau"panther" dan lain-lain.
Musuh yang korang lawan lak memang hebat dari Robot Dinasour,Robot Gorilla, Manusia formasi Lipan dan lain-lain. Keseluruhan game ni memang superb...!





 Hiryu di USSR

 Hiryu menentang robot dinasour

 Hiryu menentang robot bebola di dalam pesawat

 Ketua penjahat Grand Master






Imej terakhir yang korang akan lihat lepas menang main game ni.. Memang mantap la Strider.Huh x sangka boleh menang game susah ni....

Monday, February 24, 2014

Power Rangers Fighting Edition: Game Review

Game review

Power Rangers Fighting Edition

Game ni antara game fighting menarik untuk konsul klasik Super Nintendo. Dengan runut muzik Power Rangers yang original pasti mengimbau kenangan korang n diriku semasa sekolah rendah yng minat  n pernah tngk cite ni kat TV1. HuH!

Dalam  game ni korang boleh pilih  watak robot Thunder Mega Zord atau Mega Tiger Zord sebagai karekter kawalan korang untuk story mode. Apa yang bestnya korang nanti dapat lawan dengan pelbagai watak dalam siri Power Rangers x kira la watak baik yang terdiri daripada mobile suite robot Power Rangers atau watak jahat yang dipimpin oleh Lord Zed.

Kalau korang pilih Thunder Mega Zord, kelebihan watak ni menggunakan pedang samurai untuk serangan . Mega Tiger Zord  pulak power dengan serangan tumbukan tangan robotiknya. Main game ni mengimbau kembali zaman kanak-kanak, ingat lagi watak paling cun  iaitu Power Rangers Pink dengan pelakonnya Amy Jo Johnson.  Mesti umur dia ni dah nak dekat 50 tahun sekarang.


Antara watak yang ada untuk dilawan ialah macam Shogun Mega Zord (besar gila mecha robot ni), Ninja Mega Zord, Goldar, Lord Zed, Ivan Ooze dan lain-lain. Memang mantap la game ni…..