Review Komik
Assalamualaikum geng dan salam sejahtera. Orait geng kat Kosmik ni saya nak kongsikan dan review sebuah komik yang saya minati dari terbitan artis Barat.
Tajuk: The Crow : Special Edition
Jilid: 1 vol tebal khas
Karya: James O Barr
Genre: aksi
Tahun Terbitan Asal: 1989
Sinopsis Ringkas.
Mengisahkan sepasang kekasih iaitu Eric Draven dan kekasih yg merangkap tunangnya iaitu Shelly Webster dibunuh kejam oleh sekumpulan gengster. Shelly diseksa kejam, dinodai dan dibunuh di hadapan mata Eric sebelum nyawa dirinya turut melayang dihujung pistol.
Setahun berlalu, Eric kembali semula dari tanah perkuburan sambil jiwanya dibangkitkan oleh seekor burung gagak. Eric mula memburu para gengster yang membunuhnya satu persatu demi dendam dan cita.
Komen saya
Saya kenal komik ni asalnya dari siri drama The Crow lakonan Mark Dacascos dan filem lakonan Brandon Lee. Manakala info awal saya baca di Gempak.
Komik ni asal inspirasi dari pengalaman James setelah kematian tunangnya akibat penyakit. Jadi watak Eric dan kisah pembunuhan kekasihnya adalah metafora kehidupan James sebenar.
Komik ni memang terasa feel pedih, rasa memberontak dan jiwa rabak. Rasa ni pertama kali saya rasa masa baca sajak bertajuk Aku karya Chairil Anuar.
Kualiti buku agak baik untuk special edition dengan kertas kilat. Untuk edisi khas ni James letak pelbagai isi kandungan komik dengan lengkap yang mana tidak ada dalam penerbitan sebelumnya pada tahun 80an. Sebuah komik yang best dengan nilai jiwa dan hati yang sukar dimengerti namun dijiwai dari lukisan hitam putih.
No comments:
Post a Comment