qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Friday, April 10, 2015

Dreamcast SEGA

Assalamualaikum geng dan salam sejahtera.. hari ni nak cerita sejarah konsol lagi kat korang supaya korang dapat tambah ilmu sedikit sebanyak..
Apa yang anda akan buat jika anda hampir kehabisan wang dan syarikat anda hampir musnah.. Namun anda tetap berusaha sedaya upaya untuk kali terakhir dengan sebuah impian dan harapan  untuk terus berjaya walaupun sesukar mana.. Begitulah sebuah harapan dan impian yang dilaksanakan oleh SEGA terhadap konsol impian dan harapan mereka yang terakhir iaitu Dreamcast.  Sedikit fakta ringkas..
Nama Konsol: Dreamcast
Pembina : Sega
Tarikh Keluaran: 27 Nov 1998
Tarikh Tamat: 31 Mac 2001. ( Jualan 10.6 juta)

Dreamcast merupakan konsol pertama generasi keenam. Apabila Sega mengeluarkan Dreamcast..jualan Psone mula merosot akibat janaan  grafik untuk Dreamcast adalah lebih tinggi dan berkualiti. Dreamcast juga merupakan konsol pertama di dunia yang dapat melaksanakan permainan game di atas talian melalui internet .

Kejatuhan Dreamcast muncul setelah  Sony mengumumkan pengeluaran konsol mereka terbaharu iaitu lagenda konsol dunia PS2. Konsol  PS2 menggunakan dvd  bagi game yang digunakan menyebabkan grafik dan data dapat dipertingkatkan dalam penggunaan konsol mereka. Berbanding Dreamcast yang menggunakan cd menyebabkan data game yang kecil sahaja dapat dimainkan. Faktor lain kejatuhan Dreamcast ialah  tidak banyak pembina game third party yang mengeluarkan game untuk Dreamcast berbanding PS2 yang disokong oleh Namco, Tecmo, Capcom, Koei dll. Dreamcast terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri iaitu SEGA untuk mengeluarkan game. Faktor terakhir ialah SEGA tidak mendapat bekalan Power VR chipset yang mencukupi oleh pembekal bagi  komponen dalaman untuk membuat konsol Dreamcast menyebabkan tawaran tinggi pengguna tidak dapat mereka sediakan. Akhirnya akibat kos yang semakin tinggi dan keuntungan yang berkurangan menyebabkan SEGA menarik balik pengeluaran Dreamcast. SEGA juga kemudian telahpun keluar daripada industri konsol yang telah mereka sertai semenjak  konsol generasi ke 3. Dulu SEGA adalah pencabar terhebat Nintendo.. kalau Nintendo ada Super Mario mereka ada Sonic.  Berakhirnya legasi  SEGA  di dalam dunia konsol setelah tamatnya hayat Dreamcast, mereka kemudian hanya terlibat sebagai pembina game untuk Sony, Microsoft dan Nintendo. Antara game hebat Dreamcast seperti Shenmue, Marvel vs Capcom2, Crazy Taxy, House of The Dead, Reseident Evil Code Veronica, Power Stone dll.  Jadi kalau korang ada konsol ni pasti korang akan rasa sebuah harapan, impian dan jiwa SEGA padanya..oh Dreamcast.







No comments:

Post a Comment