Nama: XBOX
Pembina: Microsoft
Tarikh pengeluaran: 15 November 2001
Tarikh Tamat: 4 Jun 2006 ( jumlah jualan 24 juta)
XBOX merupakan konsol buatan Amerika pertama yang memasuki
kembali dunia persaingan konsol generasi
keenam setelah kali terakhir oleh Atari Jaguar pada lebih kurang tahun 1991.
XBOX memberikan persaingan kepada PS2 dengan kebolehannya untuk memainkan dvd
game sama seperti PS2. Selain itu XBOX tidak memerlukan simpanan memori kad
berasingan seperti PS2 kerana memori simpanannya tersimpan di dalam konsol
sebanyak 8gb. XBOX juga mampu untuk memainkan dvd sama seperti ps2 juga.
Kelebihan lain XBOX mempunyai kebolehan bermain atas talian dan dapat
menghubungkan data internet melalui Ethernet( sekarang orang guna wifi dah tak
perlu wayer)..
Walaubagaimanapun XBOX bagi saya tak mampu untuk menandingi
PS2 terutamanya dari segi jualan PS2 (150 JUTA) manakal XBOX( 24 juta). Antara
faktor kenapa XBOX tak dapat sambutan kerana kebanyakan tajuk game yang XBOX ada turut ada pada PS2 menyebabkan
pengguna rasa kenapa mereka perlu membeli XBOX. Konsol XBOX pula hanya laku di
pasaran Amerika Utara dan kurang
mendapat sambutan di Asia dan Jepun. Orang Jepun boleh kata x nak beli konsol
ini sebab mereka lebih menyokong barangan tempatan Sony dan Nintendo daripada
barangan luar. XBOX buat macam2 contoh
keluarkan game eksklusif (only on XBOX) dengan bayar kat developer harga mahal tapi x juga dapat
sambutan daripada negara Asia terutama Jepun… Contoh game Ninja Gaiden, DOA,
Crazy Taxi 3, Halo, Fable dan lain-lain. Pelbagai masalah lain yang dialami oleh
XBOX dari segi overheating yang membawa kepada RROD turut menyebabkan pengguna
takut untuk membeli konsol generasi pertama ini.
Apapun Bill Gates ni genius dia belajar dari kesilapan untuk
menghasilkan konsol XBOX 360 yang diperbaiki bagi menentang Sony.. Korang
perasan x sebenarnya Bill Gates ni x kisah langsung dengan duit untuk konsol
ni..baginya persaingan bisnes dan peperangan dunia konsol adalah permainan
sebenar dalam hidupnya..Ok semoga korang
dapat tambah ilmu
u…
No comments:
Post a Comment