Selain itu barangan antik dan retro juga adalah antara koleksi yang saya suka kumpul. Di sini rakan-rakan boleh buat rujukan atau berjumpa dengan saya untuk melihat koleksi yang saya miliki. Koleksi matawang juga antara benda yang saya suka simpan sebab keunikan sesuatu matawang yang ada...
Greeting and hope all of u will be in good health ......n will be bless by God always. As i realize some of my viewers come from - international country n i think most of them can't speak Bahasa Malaysia very well. I later make an effort to translate my blog ..... especially to all of u.Thanks a lot coz read n view my simple blog. Actually my blog much more focus on antique thing/staff, retro comic and oldskool toy. Hope all of u will enjoy it..thanks again..
Yang ini ialah album gambar antik era 60an, agak unik sebab ada besi bergelung yang mengikat setiap halaman. Memang antik dan cool habis..
This is my antique photo album -during the time of (60's era). I'ts so unique coz have a large iron coil as to combine all of it pages,
Yang ini pula duit Jepun semasa memerintah Tanah Melayu, nilai 100 dikatakan merupakan nilai tertinggi. Duit Jepun ini yang mempunyai lambang kerbau di bahagian belakangnya. Walaupun tak terkenal seperti Duit Pisang, tapi duit Jepun Kerbau nilai 100 ini agak sukar dicari ataupun rare, harganya pernah mencecah RM5 ribu yang ditawarkan oleh pemiliknya di laman website mudah.com
My another collection is an antique banknote, actually this money been used in Malaya (the old named of Malaysia before the independence from British & before the joining formation of Malay Peninsula, Sabah ,Sarawak & Singapore to create Malaysia in 1963) during the colonization of Japan in WWII. This money is rare nowadays coz difficult to find it anymore, with the value of 100 Dollar of Japan plus the pic of buffalo on the back of it, make the value price of this money increase until RM 5000 by its owner who offer it in website mudah.com
This is my old antique RM 1 gold coin. Unique coz have the pic of Malay Dagger "Keris" on the back of it.
Yang ini pula duit semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, berlatar belakangkan gambar Queen Elizabeth.Unik kerana berbentuk 4 segi
This is an old coin that been used during the colonization of British in Malaya, so unique coz have a square shape plus with the pic of Queen Elizabeth on it.
Yang ini pula setem lengkap keluarga di raja England, unik kerana ada gambar Puteri Diana.
This is my complete set of British Royal Family's stamp, unique coz have the pic of beloved Princess of Wales ..Princess Diana.
Yang ini pula duit syiling 1 sen yang saya ada. Duit ni dah x dikeluarkan lagi menyebabkan duit paling kecil nilainya di Malaysia ialah 5 sen. Apa yg bestnya Kak Long saya bagi saya duit ni satu botol penuh dengan duit satu sen. Menarik gak duit ni sebab warna gangsanya yang terang benderang.
This is my 1 cent collection. Actually this coin does no longer been produced in Malaysia until make 5 cent to become the smallest value among others coin. What the best about this coin is it have shiny bronze colour.
Ini pula gambar lesen moto tahun 1980an. Memang unik dan klasik berbanding pada zaman sekarang.
This is my antique old motorcycle road tax that been used during 80's era in Malaysia.
Yang ini pula ialah kad untuk perancangan keluarga. Rupanya zaman dulu sudah dikeluarkan kad kepada keluarga yang cuba merancang kadar kelahiran dan jarak anak. Unik kan?..
This is an antique family planing's card during 80's era..focus on family who wants to make a gap between the birth of their children (family planing)
Yang ini pula surat penanaman semula getah untuk pekebun kecil era tahun 80an..
This is my collection of card regarding the renewal cultivation of rubber tree during 80's era.
Ini pula resit penjualan barangan tahun 1970 an. Agak unik, pembeli ni beli barangan dekat Tanjong Pagar Singapura
This is an old receipt during 1970 . This buyer buy something at Tanjong Pagar ,Singapura.
History Info: The word of Singapore is actually come from the combination of two Malay words that's Singa (Lion) and Pura (Country/Nation). During British colonization, the English colonizer can't pronounce the Malay word very properly n later change it into another word such as Selangor to Selangore, Johor to Johore, Singapura to Singapore.
Ini pula surat penyimpanan duit ke bank melalui pos oleh pakcik saya pada tahun 1970an. Pakcik saya ni pun dah meninggal dunia sekarang. Al-Fatihah untuk arwah Pakcik Arjali Bin Osman.
This is postal's saving money slip that been used by my late uncle... named Arjali Bin Osman during the year of 1970.
Ini pula poster Mahsuri yang diperolehi semasa melawat Makam Mahsuri di Langkawi
This is Mahsuri's poster that been bought by me during vocation in Langkawi .
Ini duit Arab Saudi diberi oleh abah selepas menunaikan Haji pada tahun 1998
This is Saudi Arabia 's banknote that been given by my father after when back from hajj in 1998.
Yang ni duit Rm2 ,satu-satunya duit RM2 yang saya masih simpan sampai sekarang. Unik dan berlatarbelakangkan Menara KL dan mempunyai satelit memperlambangkan kemajuan negara Malaysia.
This is the only old n antique RM2 that i save for my collection. Unique coz have a background of KL Tower n satellite means the progressive of Malaysia towards modern country.
Ini pula matawang Bangladesh dan Iran
The Bangladeshi and Iranian banknote
Ini matawang Brazil
This is Brazalian's bank note
Ini pula matawang Amerika Syarikat yang saya ada, dikatakan matawang USA mempunyai simbol Illuminati iaitu piramid bermata satu..hu2
This is USA bank note, i have heard that there is a symbol of Illuminati ( one eyed pyramid) on it.
Ini pula pembungkus makanan Hiro yang saya dapat kumpul. Dulu kek Hiro ini sangat popular dan sangat sedap. Malangnya pada zaman ini kek Hiro sudah sukar ditemui dan mungkin sudah tiada dalam pasaran. Antara bungkusan makanan yang saya sedang cari seperti Keropok Bon-Bon, Tora, Jojo ,keropok durian dan lain-lain. Memori yang retro betul, ingat lagi di dalam Keropok Bon-Bon kalau seseorang membelinya akan dapat permainan He-Man.
This is a nostalgic chocolate plastic of "Hiro" one of my favorite chocolate cake during my kid times .
Ini pula duit zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang paling popular iaitu Duit Pisang. Kenapa dipanggil Duit Pisang sebabnya kerana terdapat gambar pisang di dalam matawang ini. Duit Pisang amat popular sebab namanya terletak di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3.
This is another Japanese bank note during the occupation of Malaya in WWII. We call this paper bank note as duit pisang( banana money) coz have a banana tree on it.
Ini pula duit RM 1, merupakan matawang yang mempunyai paling ramai pengumpul koleksinya. Agak unik sebab ada gambar Tugu Negara
This is an old RM1 bank note with the pic of national statue on it.
Zaaz! Zaaz! Zooom!! Ini pula amat klasik, kalau rakan-rakan seorang peminat bola pasti anda ada benda ini. Buku jadual perlawanan World Cup 1998 yang diterbitkan oleh Dunhill. Syarikat Dunhill dah tidak dibenarkan taja bola sepak lagi di Malaysia kerana ianya syarikat rokok. Unik dan klasik buku ni. Actually, buku ini dihadiahkan oleh kawan baik saya bernama Aman pada 24 Julai 1998, tq Aman kerana bagi dekat saya.
This is 1998 World Cup Match Book that been given by my best friend named Aman during my secondary school in form 2 ....during 1998.
Ini pula buku berkaitan Tragedi 13 Mei 1969, satu catatan yang dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk memperjelaskan isu yang berlaku dan mengharmonikan kembali masyarakat dan kaum di Malaysia. Antara yang terlibat di dalam penerbitan buku ini ialah bekas perdana menteri Malaysia ke-2 iaitu Tun Abdul Razak. Semoga keharmonian dan sifat hormat menghormati antara kaum akan berkekalan di Malaysia sampai bila-bila.Amin..
This is the book for the explanation of riot that happen in Malaysia during 1969. Person that involve in the production of this book is our late beloved second prime minister that's Tun Abdul Razak.
Ini pula satu-satunya harta pusaka moyang saya yang saya dapat. Arwah moyang saya iaitu Moyang Sabriah Binti Anang adalah seorang yang suka membaca dan menulis. Ini adalah koleksi beliau iaitu kitab lama karya ulama nusantara iaitu karya Abdul Rahman al-Palimbangi dengan tajuk Hadiatul Salikin. Sebuah karya bertulisan jawi Melyu klasik.
This is the only collection that i have from my late great grand mother named Sabariah Binti Anang. She likes to read a book n write about something especially regarding about religious . The collection i have from her is an old religious book title "Hadiatul Salikin" been written by a muslim scholar named Abdul Rahman al- Palimbangi. Actually the handbook writing of this book is in classical Jawi .
Ini pula ialah resit khairat kematian yang dibayar oleh moyang saya pada tahun 1980an semasa beliau menetap di Tanjong Karang,Tali Air Parit Haji Leman. Sembilan tahun kemudian pada tahun 1989 ,moyang saya telah pun meninggal dunia. Tak banyak yang saya ingat mengenai nenek moyang saya, antara yang saya ingat ialah di hari beliau meninggal dunia. Saya berkata kepada emak saya. "Emak kenapa nenek tidur?"
"Nenek tak tidur tapi dah meninggal dunia," kata emak kepada saya tanpa saya mengerti dan mempunyai sebarang perasaan terhadap peristiwa yang berlaku kerana masih kecil ketika itu. Al-fatihah kepada arwah moyang saya iaitu Sabriah Binti Anang, semoga nenek moyang ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
This is compensation receipt for "khairat kematian"( alms that been given to the family whose member is passed away) been paid by my late great grand mother when she lived in Parit Hj,Leman, Tanjong Karang, Selangor
Ini pula buku latihan berkaitan antara subjek kegemaran saya iaitu Alam dan Manusia. Saya adalah batch terakhir yang belajar subjek ini pada tahun 1996. Alam dan Manusia merupakan subjek yang menggabungkan ilmu Geografi,Sejarah dan Sains, unik kan?
This is my exercise book for the subject that already non-available in Malaysia primary school that's Alam dan Manusia ( Nature n Human being). Actually this is my best n favorite subject that combine( geography, science n history) n i'm the last batch to study it in 1996.
Ini pula akhbar tahun 1957 beberapa hari sebelum kemerdekaan, merupakan cetakan khas yang sukar nak dijumpai pada masa sekarang.
This is my limited edition 1957 newspaper- a day before the independence of Malaysia.
Anda masih simpan report card anda semasa sekolah rendah? Ini pula buku kad laporan atau lebih dikenali sebagai Report Card saya semasa sekolah rendah . Banyak cikgu best dan memberikan inspirasi kepada saya sepanjang belajar di sekolah rendah di SMK Merbau Sempak seperti Cikgu Norhayati, Teacher Afidah, Cikgu Muhaimin, Cikgu Sayuti dan cikgu yang paling banyak mengubah diri saya menjadi insan yang kuat berusaha dan rajin belajar iaitu Cikgu Siti Amrah. Manalah cikgu sekarang? Terima kasih semua cikgu-cikgu yang telah mendidik saya selama ini.
Do u still have ur primary school's report card? This is mine report card during study in primary school in SMK Merbau Sempak. Thanks a lot to all my beloved teachers especially to teacher: Siti Amrah, Afidah, Cikgu Sayuti ...
Ini pula duit RM5 lama yang berlatarbelakangkan Istana Negara
This is my bank note- RM5 with the background of National Palace
Ini adalah antara poster Histforium yang saya masih simpan. Kebanyakan poster program Histforium direka dan design oleh Bro Dzul, mantap la Dzul.
This is my collection of Histforium's poster. Histforium stand for ( History Student Forum Of IIUM). Most of the design of this poster been made by Bro Dzul, What an excellent job..Dzul!
Ini pula adalah poster program Histforium yang amat bermakna dekat saya. Kenapa bermakna sebabnya saya ialah projek manager program ini, nak tahu saya telah buat proposal porgram ini dah dekat setahun setelah mendapat persetujuan presiden Helmi dan kemudian saya seorang diri terutamanya terpaksa jumpa ramai pegawai atasan untuk persetujuan sebab nak menjadikan program ini sebuah kenyataan. Alhamdulilah. Malah program ini telah menyebabkan kawan saya iaitu Fihri terus berminat menyimpan koleksi video peperangan di Chehnya. Kenapa saya pilih tajuk program berkaitan masyarakat Islam di Caucasia ialah kekaguman saya terhadap bangsa Chechnya yang menggelar diri mereka anak serigala , malah bangsa Chehen berjaya menewaskan tentera Russia pada peperangan pada akhir tahun 90an.Watak Dzukar Dudayev, Umar Al-Khattab, Aslan Mashadov antara jeneral perang yang banyak berjasa untuk kemerdekaan Chehnya daripada Russia. Pada masa sekarang Chechnya masih di bawah Russia namun diberikan keistimewaan memerintah wilayahnya.
Ini pula karya pertama yang dikeluarkan oleh Histforium iaitu Testament. Sebuah akhbar yang berbentuk info berkaitan Sejarah. Nak tahu untuk dapatkan nama Testament pelbagai nama telah dicadangkan seperti Oracle, Historia dan sebagainya. Setelah beberapa jam dibincangkan, akhirnya nama Testament telah pun dipilih. Saya telah ditugaskan untuk menukis artikel di akhbar ini dan juga dalam masa yang sama ditugaskan menjadi kartunis untuk melukis ruangan kartun oleh presiden Helmi.
This is the first newspaper that been produced by Histforium. President Histforium that's Helmi give me a tasks to become as a cartoonist for our first newspaper n also to write an article focusing more on Geography-History.
Ini pula poster program Histforium yang telah menyebabkan ramai pelajar UIA sanggup datang pada waktu malam untuk melihatnya. Percaya x selama ni program Sejarah agak kurang sambutan tapi akibat program yang dicadangkan oleh Abg Iman menyebabkan ratusan pelajar hadir sampai sanggup duduk kat tangga sebab x ada kerusi. Program yang mantap menggabungkan unsur paranormal dengan persepsi sejarah. Sesuatu perkara yang menjadikanyan meletop ialah adanya Prof Kopanski yang amat pakar dan boleh memperjelaskan apa sahaja genre sejarah atau perkara yang sukar dengan perspektif beliau yang berinformatif dan mantap.
Apapun pelajar Histforium zaman sekarang adalah mantap! Tahniah dengan program main dinner Histforium pada hari itu memang mantap sejujurnya lebih mantap dari Le Nuer Histforium pada zaman kami. Era kegemilangan Histforium pada zaman presiden n mentor kami iaitu Abg Iman pasti akan dapat diteruskan oleh anda. Gabungan tag-team Abg Iman n Abg Shawn pada zaman old regime memang mantap. Apapun saya juga x sabar nak menanti former Presiden Histforium iaitu Helmi menjadi pensyarah di UIA, dulu bekas presiden merupakan pelajar terbaik Sejarah sampai dapat anugerah pada hari konvokesyen n kemudian ditawarkan belajar ke UK. Pencapaian beliau di dalam pembelajaran harus dijadikan contoh oleh member Histforium yang lain,pada pandangan saya. Dulu hubungan sesama ahli Histforium sangat rapat ibarat adik beradik, sampai ada yang menangis ketika Histforium mengalami zaman krisis.Perjuangan kami dulu untuk mempertahankan nama Histforium sebagai Forum dan bukan Association telah ditentang pihak pengurusan koko UIA sampai kami disekat untuk membuat program, namun atas semangat tidak mengalah menyebabkan kami berjaya dan pihak pengurusan koko UIA menerima hakikat akan semangat kental kami. " We are like family, we die n life together," adalah kata-kata saya semasa diarah berucap di program Le Neur masih kekal dalam ingatan jiwaku hu2.Semoga obor perjaungan Histforium akan terus membara di atas perjuangan the new regime, biarkan obor itu terus membakar menerangi alam dengan cahaya ilmu. Semoga rakan-rakan dapat menjadi ahli Sejarah yang telus, tidak beremosi kerana politik atau perjuangan tersendiri, tulislah dan perjelaskanlah sejarah dengan sejujurnya walaupun ianya pahit wahupun penuh kemanisan. Viva de Histforium!!
This is our hits program in UIA ..Superstitious II ( more focus on paranormal activity from the view of perspective History)
Antara program lain yang dibuat oleh Histforium
Another programs from Histforium..
Ini pula report card isteri sy iaitu Fatimah az Zahrah semasa dia sekolah rendah...
This is my wife's report card when she's in primary school.
Jika anda merupakan rakan saya yang sekelas dengan sy di kelas 2A1, SMK Bukit Gading pada tahun 1998. Anda pasti mesti ingat benda klasik ni, merupakan hadiah dompet daripada seorang cikgu praktikal subjek Sejarah bernama Zawatul Ishwiki kpd semua pelajar. Cikgu Zawatul memang best mengajar, dah la cantik ajar pulak best. Memang kami semua bersemangat untuk belajar masa cikgu mengajar, selamat maju jaya cikgu.
If u are in the same class with me (2AI) in SMK Bukit Gading (1998), u must have this thing. This is wallet that been given by our most talented plus beautiful practical teacher named Zawatil Ishwiki. During her class most of student include me fell so full of spirit coz her way & method of teaching is really amazing..
Barang ini pula hanyalah sesuatu yang mempunyai sentimental value kepada seseorang rakan. Kalau anda member kelas 1A1,2A1 dan 3A1 di SMK Bukit Gading, anda mesti ingat member kita yang bernama Arif Bin Aris(pengawas tu). Dekat kertas ini terdapat insignia atau tanda yang beliau selalu gunakan sebagai trademark diri iaitu lambang tulang ikan dengan perkataan "Fish Bone", kertas ni dibuang tapi saya jumpa dan nampak unik trade mark si Arif ni lalu saya simpan, Hu2 tak sangka dah dekat 16 tahun saya simpan benda ni.
This is the sentimental thing towards my friend in SMK Bukit Gading during year of 1998. Arif Aris one of my friend who like to have its own insignia that's Fishbone. I found one of paper card that been used by him after it been thrown away ..after almost 16 years its still with me.
Ni pula pendrive zaman oldskool, harap je besar gedabak tapi kapasiti agak kureng dalam 128mb je, unik n pelik gak. Kalau tengok kat bahagian penutup belakangnya ada wayar besi untup tutup n buka pendrive nya. X seperti pendrive sekarang kecik tapi kapasiti besar gilez...Memori2
This is my old skool pendrive ..even though have a large body.... but the capacity is really small just only 128mb,unique coz have an iron wire on the back cap of it .
Ni pula kad gusti yg popular masa akhir 90an, kad ni selalu jual di kedai2 runcit dengan harga 2 keping 50 sen. Dulu minat gusti jd banyak le kad ni yg dibeli, tapi bnyak yg dah hilang. Unik dan rare. If u smelllllllllllll lalalala what the Rock is cooking!! Huh...
This is my classic The Rock: wrestling card that been sold vastly in kampung2 (villages) around Selangor. If u smelllllllllllll lalalala what the Rock is cooking!! ( 2 pcs for about 50 cent)
Ini pula kad topup Celcom edisi Star Wars, dulu kalau nk topup mesti kena beli kad pastu nilai harga semua mahal rata2 RM50 jadi kena org loaded baru ada handphone . Paling x ingat kalau kita angkat fon org call pun kita akan kena caj, tapi sekarang zaman dah berubah. Banyak syrkt komunikasi dah tiada macam ADAM, Time Cell, TM Touch..(nantikan ruangan blog berkaitan kad pada ms akan datang..hu2 bz sangat sampai x ada ms nk buat)
This is my top up's Celcom card ( Star Wars: Edition) ..during the 90's era most of top up card price is so expansive around RM 50 per pcs . Nowadays many communication company already out of market such as ADAM,Time Cell, TM Touch etc..
Ini pula kad phone lama jenis cucuk, selain guna duit syiling kat public phone penggunaan kad cucuk ni pun amat lah popular masa zaman dulu. Sekarang org dah jarang guna public phone selepas harga handphone menjadi murah di pasaran. Kad ini unik tapi mempunyai masalah kalau bahagian belakangnya tercalar ,walaupun masih ada baki duit pun dah x boleh guna kalau benda ni terjadi...
This is nostalgic uniphone card for the uses in public phone other than use a coin as an alternative method. The problem will occur when there is a scratch on the back of the card that make this card totally dysfunction n can't use it anymore even still have a lot of credit.
Milo merupakan minuman favourite sy, tapi antara yang bestnya dengan Milo ialah tin minumannya turut jadi koleksi peminat die hard fan nya. Kalau selalu pergi kedai runcit zaman dulu2, tokey kedai selalu jadikan tin Milo sebagai bekas duit. Jadi bekas tin Milo amat bernilai n ada harga walaupun dah berkarat. Yang sy ada ni merupakan bekas Milo era 90 an merupakan keluaran limited edition yg susah nak cari. Ingat tagline Milo.."Milo2 Anda Jadi Sihat dan Kuat." Huh...Cergas2
This is my favorite chocolate drink : Milo. Do u know the tin case of Milo is so priceless for the Milo's collector . What i have right now is the limited edition of Milo tin case in the 90's era.
Ini pula kad permainan lama, melibatkan pemain menggunakan advantage daripada pesawat2 yang mereka ada untuk memenangi perlawanan. Kad ni popular pada awal 90an. Kalau korang tengok ada gambar pesawat Concorde kat gambar atas, kalau x silap plane ni lah satu2nya pesawat pejuang yang yang dikomersialkan untuk domestik dengan kelajuan mach! Mantap gilez......
This is an old versus card, this card is so popular in the early of 90's for children. The player of this card will use the advantage of its own commercial plane as to defeat others. One of the best commercial plane inside of this card is a super sonic Concorde that's already out from aviation commercial industry.
Ini pula duit emas 1 penny, cantik n sama macam duit emas RM1 Malaysia
This is a golden 1 penny coin ...same with Malaysian's RM1 gold coin.
This is my unique Jeans Bag the combination of jeans n bag
Ini pula antara pen yang amat bermakna n tersangat lah best sebabnya pen ni dihadiahkan oleh member yang teramat baik iaitu Baim a.k.a Ibrahim. Dihadiahkan oleh Baim pas ayahnya kerja di China. Jadi ramai la member bilik 310 yang dapat cam Azfar,Hizal, Sharil dll..
This is my sentimental value pen that been given by my best friend named Ibrahim@ Baim when his father work in China,
Ini pula pen Jalur Gemilang yang pernah dikeluarkan pada tahun 90an kalau x silap sempena bulan kemerdekaan. Pen ni agak berat sikit pastu harganya pun boleh tahan mahal....
This is "Jalur Gemilang" pen, one of expansive pen during 90's era.... as to celebrate Malaysian's national day.
Yang ini merupakan antara jenama jam yang pernah famous masa tahun 90an iaitu Boy Landon. Jam ni dihadiahkan oleh arwah atuk saya masa tahun 1995. Model Expess 1886 merupakan antara model retro Boy Landon. Terima kasih atuk, semoga arwah atuk Musa Bin Tahir ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Amin...
This is my antique watch "Boy London" model series 1886 express that was really famous during 90's era . This watch been given by my late grand father named Musa Bin Tahir. Thanks a lot atuk(grandpa) may you rest under the bless of God.
Pernah baca akhbar Pengguna Kanak-Kanak x? Dulu ni antara akhbar famous masa kat sek rendah, pelbagai info yang ada n berguna diberikan kepada para pelajar. Yang ada kat saya ni keluaran masa tahun 1996. x pasti ada jual lagi x akhbar ni kat sek rendah....
Have u ever read this children's newspaper during u are in primary school? Pengguna Kanak2 is the children newspaper that's full of informative
Ni satu lagi akhbar kanak2 yang famous masa kat sek rendah iaitu Mingguan Didikku. Pelbagai info n maklumat berinformasi kat dalam akhbar ni. Antara yang menarik kat akhbar ni ialah komik E.T dan Akira yang jalan ceritanya diambil dari kisah Doraemon.
Jumlah ada: x banyak yang tinggal kat 8 naskah je ada.
This is another children newspaper titled Mingguan Didiku, so informative plus have a nice n cool comic that's E.T n Akira that been inspired from Japanese famous comic : Doraemon.
Ni pula koleksi pisau Rambo yang saya ada. Pisau ni amatlah tajam dengan mempunyai permukaan bergerigi kat bahagian atas hulunya. Antara keunikan pisau ni adalah mempunyai kompas penunjuk arah.
This is my Rambo's knife ..one of the very sharp knife..with a small compass for a direction..
Ingat x zaman dulu kalau nak tengok filem kena guna VHS Player.. Ini la bendanya pemain VHS yang hebat masa zaman dulu keluaran syarikat Singer. Benda ni diberi oleh mak sy , klasik n amatlah bermakna. He2 sampai anak sy Qisya pun nak bergambar masa aktiviti membersihkan benda ni setelah la disimpan sampai amatlah berhabuk setelah agak lama x digunakan.
Do u still remember when there is no DVD or VCD player.. even a computer as to play a movie..During that time only VHS player as to play a movie. This is my an old n classic VHS player that been produced by Singer. Cool n classic even my daughter Qisya wants to take a pic with it.
Ini antara koleksi VHS Filem yang saya beli semenjak zaman kanak2, dulu sampai simpan duit belanja sikit2 semata-mata nak beli filem VHS ni. Antara yang ada cam kartun Doraemon dan Mulan (yela zaman kanak2 mestila layan cerita kartun) he2. Sekarang benda ni tinggal kenangan setelah VHS tidak lagi digunakan dan diganti dengan CD,VCD n DVD. Memori2
This is my collection of VHS movies such as Doraemon, Mulan n etc. During that my primary school, i have to save my pocket money as to buy my favorite movie.
Ini pula koleksi kad permainan era zaman 90an yang saya kumpul. Kad "Take Off"ini melibatkan perlawanan kad yang menggunakan kelebihan yang ada pada ciri2 pesawat tempur untuk menang dengan pemain lain yang ada kad daripada jet yg berlainan. Terdapat pelabagai himpunan jet pejuang daripada negara seperti Amerika Syarikat ,Jerman,Rusia, Jepun dll. Klasik memang klasik
This is my collection of an antique jet fighter's card titled "Take Off". A large amounts of jet fighter from countries such as USA, Germany, Russia, Britain, Japan n etc inside of this card pack.
Ni pun kad gusti lama tahun 90an yang saya ingat dah x de tapi jumpa balik selepas mengemas bilik. Perry Saturn adalah salah satu watak gusti di dalam kumpulan Radicals, kumpulan yang ditubuhkan setelah dia keluar dari WCW ke WWE
This is another collection of wrestling card with the pic of Perry Saturn.
Ini henfon pertama sy yang dibeli dengan duit simpanan sendiri hu2. Nokia Jenama 2210. Henfon ni berkelebihan dengan mempunyai daya tahan bateri yang lama selain bahagian belakang boleh diletak gambar foto album. Ingat x game paling famous kat henfon ni tentunya game ular..x silap yg legend main game ni ialah Shahril masa kat bilik 310 jumlah score dia hampir 3000 dahsyat la...
This is my first n nostalgic hand phone that's Nokia 2210. I buy it using my saving money. The advantage of this phone is have battery that can be lasting longer for a week if fully charge n u can put your pic photo at the back of this phone. Do u still remember the best game of this phone? Yeah absolutely the snake game..
Unik betul koleksi Abg Rashid ni dan terima kasih di atas perkongsian. Penulisan berkenaan Histforium membuatkan saya terkenang2 akan sebuah persatuan yang begitu bermakna....bermakna bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk sesiapa sahaja yang pernah mengenali Histforium.
ReplyDeleteTQ Azihan, pastinya amat bermakna buat saya n semua member Histforium dan terutamanya yang pernah menggalas jawatan presiden macam Azihan kerana jasa anda membuatkan Histforium terus maju n bertahan mantap sampai la sekarang.Barangan retro lain masih banyak yg x upload sebab kesuntukan masa, Insyallah kalau ada masa sy akan upload lg.
Deletes.k merbau sempak... saya pernah lwn bola dengan sekolah ni tahun 1991 masa darjah 4... seri 1-1.. saya la yg golkan untuk sekolah saya.. srk batu arang
ReplyDelete