qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Wednesday, December 18, 2013

Koleksi Sajak Terbaik Nusantara ( Collection of best poem in Nusantara)


Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang


                              Datuk Usman Awang
                      Sasterawan ulung dari Malaysia




AKU 



Karya :Chairil Anwar

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Chairil Anwar 

 Chairil Anwar, penyajak favourite sy. Merupakan antara penyajak terhebat nusantara. Kalau korang bc sajak dia terasa feel perasaan yang penuh menusuk jiwa. Kira sajak beliau memang ada feel jiwa memberontak yang hebat. Susah nak ada sajak macam ni. Memang respect habis kat dia.

Menulis sajak adalah antara hobi yg sy suka buat...Tq..Mel sebab selalu tolong mendeklamasikannya. Berikut ialah hasil sajak yang pernah ku tulis dari runtunan hati ini...

Sajak dari sekeping hati


Aku Insan Berdosa

apakah tujuan sebenar hidup kita
adakah untuk menuju syurga atau neraka?
mampukah kita memilih jalan ke syurga..?
andai lalai terbuai noda...
mengikut nista iblis durjana...
namun di hati masih terkerdip rasa..
sebuah harapan yang masih bersinar
walau kecil kerdipannya
andai benar itu di hati
pasti membawa seribu erti dan janji
andai pelacur hina
bisa ke syurga kerana jasanya pada anjing yang hina
inikan pula kita
insan biasa sahaja
amal ku hanya untuk Mu
andai ku tak mampu ke syurga
andai aku tak mampu ke mana-mana
ku tetap bersyukur kerana masih menyembah Mu
diriku dan jiwaku milik Mu
berikanlahku petunjuk untuku
atas permainan duniawi
yang fana dan hanya sementara
hanya seketika
ku datng dari tanah
ku akan hilang menjadi pasir tanah jua..


ni pula video berkaitan anak murid sy yang mendeklamasikan sajak yg dibuat oleh sy. Sekarang kelas n pelajar zaman sekarang dah x macam dulu, guru kena kreatif n buat banyak aktiviti yang menarik perhatian pelajar dgn subjek yg diajarkan macam suruh diorang bersajak, berlakon,pantun dll.











No comments:

Post a Comment