qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Tuesday, December 3, 2013

Nasi Goreng n Makanan Best (Fried Rice n Delicious Food)

Sy suka makan nasi goreng...kerana makanan favorite sy ialah nasi goreng jadi sy akan  bawakan kepada anda pelbagai nasi goreng yag mungkin anda x pernah nampak n makan yg mana saya pernah nikmati. Selain sy juga bawakan pelbagai makanan yg unik untuk anda lihat n rasanya jika berkunjung ke kedai yg saya pergi...

I'm really like to eat fried rice, some of fried rice that i will show you is really rare n maybe u have never ever taste it..plus i will also show u some of unique food that i have ever taste it before...





Ini ialah Nasi Goreng Seri Intan yang saya dapat makan masa gi Port Dickson. Rasanya enak sekali disamping mempunyai daging ayam yang banyak n keropok. Tak lupa disertakan sekali tomato n timun. Bestnya nasi goreng ni. Mantap! Harga lebih kurang RM6

This is Seri Intan Fried Rice that i eat for my dinner when visiting Port Dickson. The taste is delicious ..with a a fried chicken, fish crackers n slice of tomato n cucumber. Price around RM6.




Ni pula Nasi Goreng Cameron yang saya makan masa gi Cameron Highland. Nasi ni bezanya kerana banyak menggunakan sayur segar yag ditanam di sekitar Cameron Highland. Price around RM4.50

This is Cameron Fried Rice that i take for my dinner when visiting Cameron Highland. The different between this friend rice n other coz have many fresh vegetable that been cultivated around Cameroon Highland. Price around RM4.50




Ni pula Nasi Goreng Chicken Chop yang dibeli kat Sg.Buaya. Nasi goreng ni agak mahal dalam harga RM16. Kombinasi nasi,kentang goreng, chicken chop, sos BBQ,timun  dan tomato.

This is Chicken Chop Fried Rice that been bought by me in Sg.Buaya. This fried rice is a little bit expansive around RM16. With the combination of rice, potato, chicken chop, BBQ sauce, cucumber n tomato.



Ini pula nasi goreng antara yang saya paling suka makan iaitu Nasi Goreng USA. X pasti nape la dipanggil USA ..rasenya kat USA pun x ada nasi ni..Isi nasi goreng USA ni ada telur mata,daging masak merah, tomata ,ketulan ayam n bawang. Memang best n mantap.

This is one of my best fried rice that's USA Fried Rice. Still now i'm still wonder why this fried rice been called as USA Fried Rice? I'm not really sure that it's available in USA or not. This fried rice have slice of chicken, sunny side up egg,  beef with red sauce n slice of onion. The taste is so delicious.Nyum2!





Yang ini Nasi Goreng Pattaya, best sebab dibalut dengan telur dadar. Sedap sebab banyak daging ayam di dalamnya n nasinya pun best. Harga dalam RM4.50

This is Pattaya Fried Rice, the different is it been wrapped by omelette. So great coz have a lot of chicken slice on it. Price around RM4.50



Ni Nasi Goreng Thai yang saya beli secara bungkus. Enak gak sebab ada udang n telur mata. Rasa ada masam2 sikit yela kan ke nama Thai.. Harga dalam RM5

This is Thai Fried Rice  that i buy in pack. The taste is delicious, contains prawn, scramble egg,chicken n also well a little bit sour...off course sour  is the taste that absolutely Thai food. Price around RM 5


This is Prawn Fried Rice that been given by my wife to me as breakfast at office.





Ni pula Nasi Goreng Seafood, salah satu nasi goreng yang sedap tapi agak mahal. Dalamnya terkandung pelbagai makanan laut cam sotong, udang,timun, telur yang digaul sebati ngan nasi dll. Harga selalunya dalam RM6.

This is another best n delicious fried rice that's Seafood Fried Rice. The ingredients of this fried rice such as prawn, squid, rice, cucumber,egg etc. Price is around RM6




Char kueteow Udang Galah antara makanan paling sedap yang ada kat Tanjong Malim. Menggunakan udang galah yang besar gedabak beserta  kueteow yang dimasak dengan sedapnya menyebabkan rasa masakan yang sukar ditandingi. Harga dalam RM30-40 mengikut pasaran harga udang.

Char kueteow Udang Galah..Big Prawn is one of the best dish in Tanjong Malim, Perak. With the taste of  prawn n with the unique style of cook make this food is the best in town. Price is around RM30-40 (according to the price market of udang galah)




Ini pula lauk n nasi paling famous kat P.Pinang tentunya nasi kandar. Ni 1st time mkn nasi kandar yang betul2 asal dari Penang. Apa yang bestnya ialah ayamnya besar n ada ketang serta dipenuhi dengan pelbagai jenis kuah kari yang dicampur2. Harga dalam RM5.50

This is famous Malaysian food fom Penang, absolutely Nasi Kandar. With big part of chicken keel ,slices of potatoes plus various of curry make this food so authentic with the taste of Penang. Price around RM5.50

Yang ni pula Nasi Goreng Singapura Special. Rasa nasi ni sedap dicampur dengan pelbagai bahan yang best cam kepingan ikan FIGO, kacang pangang,kentang goreng dan sos. Harga dalam RM8, dibeli di AEON ,Jusco Wangsa Maju


Ini pula Chicken Gordon/Golden Blue paling sedang di alam semesta( bg aku la he2) yang hanya ada kat Tree Steak House Sg. Buloh. Dengan daging ayam bahagian dada yang empuk berserta keju cair yang meleleh ketika makan membuatkan Chicken Golden Blue ni tiada tandingan daripada tempat lain. Memang super mantap. Ditambah sosBBQ,kentang goreng, salad pelbagai dll memang mantap. Harga dalam RM11.

This is the best chicken golden blue in the universe(just for my opinion) with juicy chicken with melting cheese inside of it make this dish undisputed ever for u n me.He2. Price around RM11. Only available at Tree Steak House Restaurant in Sg. Buloh, Selangor.Thumbs up for it!


Ini pula gabungan makanan laut celup tepung yang ada kat Tree Steak House. Menggabungkan sotong,udang,ikan bersalut tepung dengan hotdog,sos BBQ dll. Kalau makan akan terasa kenyang teramat.
Harga dalam RM19.
This is the combination of  dip crisp seafood  at Tree Steak House Reastaurant Sg.Buloh. The combination  is includes of squid,prawn,fish,hot dog BBQ sauce n etc.Price is around RM19



Ini pula Nasi Goreng Chef. Nasi goreng ni sebenarnya rasanya biasa  macam nasi goreng biasa. Isinya ialah telur mata, tomato dan bawang goreng. Kelemahannya ialah bawang gorengnya tak segar n kalau makan rasa agak kasar.

Ini pula Nasi Goreng Biasa. Dah nama biasa jadi isinya pun biasa2 saje. Isinya ada ketulan ayam tapi malangnya agak sikit, sayur sawi, dan sup panas. Nasinya digoreng dengan kicap. Tapi sayangnya chef ni masak kurang teliti sampai rasanya menjadi terlalu menyedihkan jiwa org yg makan. Hu2 sedih ketika makan  sebab rasa yg agak kureng,ye la sy kan pakar nasi goreng.Hu2


Ini pula Nasi Goreng Kampung. Antara nasi goreng yang best dengan ramuan utama ialah ikan bilis, cili api, sayur kangkung dan ketulan ayam. Syok nasi goreng ni terasa seperti di kampung.





Ni gambar Qisya masa mkn mlm kat Tree Steak House.
This is my daughter pic, Qisya when we have a dinner in Tree Steak House Restaurant, Sg.Buloh







Ni pula teh 3 lapis iaitu lapisan gula merah, air teh n krim di beli  n minum kat Teh Barath, Cameron Highlands.. Harga dalam RM4.

This is 3 layer tea with combination of tea, brown sugar n cream been bought at Teh Barath, Cameron Highlands. Price around RM4.


Nasi Goreng Pattaya Dalat
Ini pula nasi Goreng Pattaya Dalat yang sangat nyum2 dengan nasi dibungkus rapi dengan telur dadar beserta ayam goreng besar n mayonis pastinya menciurkan jiwa untuk makannya. Terdapat di Kedai Dayang di Dalat Sarawak. Memang istimewa. Harga RM5.50. Mantap!


Kopi Dangdut
Ni adalah kopi dangdut yang merangkumi gabungan gula melaka,susu dan kopi. Dibeli di Dalat Sarawak.Harga lebih kurang RM3.. Minum ni teringat lagu Kopi Dangdut


Tebaloi
Merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, rasa macam kuih sepit tapi menggunakan bahan sagu sebagai isi utama. Dibeli di Dalat,Sarawak



Nasi Goreng Ayam Penyet

Nasi Goreng Ayam Penyet ni special sebab menggunakan ayam penyet, sayuran segar dan sambal yang best untuk dimakan. Unik dan menarik. Cuma kekurangan pada nasinya yang digoreng biasa tanpa ada bahan istimewa. Dibeli di Mukah ,Sarawak

Nasi Goreng Planta 

Nasi goreng ni best di beli secara tapau di Restoran Dayang, Dalat,Sarawak. Rasa sedap n menarik sebab adanya planta yang sedikit masin tapi kelemakanya memang terasa. Aroma nasi planta pun sedap membangkitkan selera makan. Kelemahan nasi goreng ni terlalu berminyak walaupun sedap minyaknya adalah terlalu banyak.Hu2. Harga dalam RM 4.50

Laksa Sarawak
Laksa Sarawak memang berbeaa dengan semenanjung sebab menggunakan meehoon sebagai bahan utamanya. Harga dalam RM4.50

  Nasi Bariyani Dalat 
Nasi Bariyani Dalat ni dibeli di kedai Al-Falaq, Dalat. Rasanya memang menarik... ayamnya memang terasa rempah tu yang sedap tu beserta papadom n sayur timun yang masam n masin memang best. Harga pun x mahal sangat RM6 je


Nasi Goreng Sambal Special

Nasi goreng ni keistimewaanya terletak pada sambalnya yang sedap n menarik. Disertakan dengan telur mata n sedikit timun. Rasanya sedap. Kelemahan nasi goreng ni ialah nasi digoreng kosong ngan sambal je..manakala sambal yang diberi walaupun sedap tetapi agak sikit. Harga dalam RM5. Dibeli di Restoran Pinggir Kampung, Oya, Sarawak


No comments:

Post a Comment