qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Thursday, February 5, 2015

Review game: Pencak Nujum ,Hakuto no Ken

Assalamualaikum geng n salam sejahtera. Sempena bulan anime ingin saya nak review game yang diambil daripada sebuah anime klasik 80an bertajuk Hakuto No Ken. Sebenarnya anime ni bukan asing kat Malaysia sebab manga dia dijual dan diterbitan oleh Comic House dengan nama Pencak Nujum. Manakala dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Fist of The North Star. Kalau korang layan anime ni betul2 gaya lukisan dia sangatlah berlainan dengan gaya lukisan mangga biasa, karyanya berbentuk lebih realistik dan dicampur gaya gothic. Pelukis komik iaiatu Tetsua Hara ni juga membuat kajian khas berkaitan akupunktur manusia sebab serangan watak utama Kenshiro melibatkan serangan titik akupuntur sebenar manusia. Komik klasik 80an ni bukan sahaja lain tapi bersifat 18SG di mana kematian dan letupan badan manusia dilukis secara dahsyat n realism. 
Game ni diterbitkan oleh Sega yang terkenal dengan francaise game Sonic, House of The Dead, Virtual Fighter dll. Jalan cerita Hakuto no Ken, berkaitan dunia yang hancur pada tahun 20XX akibat daripada peperangan dan serangan bom nuklear. Masyarakat ketika itu tiada undang-undang dan berbunuhan tanpa ada sebarang ketua atau pemerintah. Akhirnya munculnya lelaki misteri bernama Kenshiro yang mempunyai parut titik di badannya yang kemudian menyelamatkan dunia daripada kedahsyatan dan kemusnahan.
Antara watak yang ada ialah Kenshiro, Shin, Raoh,Jagi, Juda, Toki dan lain-lain. Gameplay sama je melawan musih sebanyak dua pusingan n boleh menggunakan special move . Game yang cantik untuk 2d fighting bagi yang mencari kelainan selain daripada Street Fighter n King of The Fighter..
k..itu saja..You are shock!!..Go Kenshiro!





No comments:

Post a Comment