qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Wednesday, March 4, 2015

Review God Of War ..versi Bahasa Malaysia

Hai geng n salam sejahtera.  Hari ni saya nak review sebuah game yang paling famous di PS2 dan mencatat jualan kutipan judul game antara yang tertinggi dalam 4.6 juta unit di seluruh dunia x lain dan tak bukan iaitu God of War (Dewa Perang). Game ni bercorak third person viewer dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment dan dibina oleh Studio Monica. Merupakan game eksklusif terutamanya kepada pelantar Playstation.  Game ni bercorak matang  kategori 18PL dan tak sesuai dimainkan oleh gamer di bawah 18 ke bawah kerana  terdapat unsur pertarungan ganas, seks , kekejaman dll.
Jalan cerita game ni…(kebanyakan gamer main game ni  tapi sebenarnya x faham  apa sebenarnya berlaku kat cerita sebenarnya)  jadi kat sini inginku terangkannya…
Sinopsis..
Mengisahkan Kratos yang menjadi seorang seorang  ketua angkatan perang untuk tentera Sparta yang amat handal dan banyak menewaskan musuh. Namun nasib Kratos diambang bahaya di mana tentera beliau akhirnya hampir ditewaskan oleh pasukan pimpinan raja barbarian(orang gasar) dan beliau hampir dibunuh. Sebelum tewas dan mati beliau kemudian  berdoa  dan meminta pertolongan daripada Dewa Perang Greek iaitu Ares untuk memberinya kuasa bagi menewaskan musuh dan kemudian memenangi peperangan. Ares bersetuju dengan perjanjian itu dengan syarat  Kratos perlu menjadi hamba yang akan berkhidmat padanya..maka kemudiannya Kratos dihadiahkan senjata  Blade of Chaos yg dapat bunuh askar barbarian tadi. Nak jadi cerita kemudian  Ares mengarahkan Kratos memusnahkan perkampungan yang di dalamnya  terdapat kuil Dewi Athena. Semasa Kratos melakukan pembunuhan kat perkampungan itu..secara tiba2 Ares telah  dengan sengaja menghantar isteri dan anak Kratos ke kampung tersebut. Semasa gila membunuh beliau telah dengan tidak sengaja membunuh isteri n anak sendiri tanpa menyedarinya. Kemudian secara tiba-tiba seorang ahli nujum kampung tersebut  keluar sambil membaling Kratos dengan abu mayat keluarganya dan kulit Kraotos kemudian bertukar warna menjadi putih abu semenjak itu beliau digelar the “Ghost of Sparta”. Kratos tersentak dan  menyesal akan dosanya  dan berasa amat bersalah setelah membunuh insan yang dia sayangi. Kratos kemudian  ingin membunuh diri tapi dihalang oleh Dewi Athena yang kemudiannya membantu Kratos  untuk membalas dendam  kepada Ares dan menamatkan pembunuhan yang cuba dilakukannya. Maka bermula la perjalanan Kratos mengikut arahan Dewi Athena untuk mencari Pandora Box  yang mempunyai artifak senjata untuk menewaskan Ares.
Pergh panjang gila sipnosis.. Kat sini semasa penggembaraan ini korang akan lawan musuh macam Hidra, gorgon, herpies, cyclop dan sebagainya… Jadi  dalam penggembaraan ni korang kena bunuh  ramai musuh untuk dapat red orbs atau pecahkan barangan n buka kotak. Red orb ni nanti berguna untuk tingkatkan kekuatan senjata. Senjata yg korang guna masa lawan ialah Blades of Chaos dan kebolehan magik yang lain cam Poseidon Rage,  Medusa Gauze dll. Last sekali korang akan lawan Ares dan kalau korang menang serta dapat tewaskan dia maka Kratos la yang akan dapat gelaran Dewa Perang yang baru.






No comments:

Post a Comment