qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Wednesday, March 4, 2015

Sejarah konsol game permainan di Malaysia (Micro Genius)

Asssalamualaikum n salam sejahtera, salam 1 ps2… Hai geng hari ni  saya ingin membawa anda menyelusuri sejarah perkembangan game di Malaysia pada awal n pertengahan tahun 90an. Semasa tu aku baru sekolah rendah  n terdapat sebuah konsol game yg amat famous  ketika itu.. Cer teka? Cer teka..  Saat tu x ada lagi Playstation mahupun Xbox. Jadi fikiran korang mesti terbayang Super Nintendo (SNES)  n Sega Saturn kan?..Pergh semua jawapan tu salah. Konsol paling hebat sekali ketika tu ialah Micro Genius sebuah konsol game yang dikeluarkan oleh syarikat Taiwan. Saat ni boleh kata  para gamer memang minat gilez main game kat konsol ni. Untuk pengetahuan korang ketika tu Nintendo takde ejen atau pengedar rasmi kat Malaysia, maka sebab tu la Micro Genius ni muncul. Syarikat Taiwan ni ambik teknologi daripada Nintendo n klon kan  konsol Famicom untuk wujudkan Micro  Genius. Maknanya setiap game Nintendo yang famous ketika itu cam Super Mario, Contra, Adventure Islands dll boleh main kat sini. Aku ingat lagi game paling aku minat main ialah Contra ..main ngan adik aku..selalu je aku pegang hero baju biru adikku baju merah menjelajah masuk hutan, air terjun dll masa lawan musuh..Pergh!! Namun begitu Micro Genius ni  bukan la ambik klon habis-habisan semua  game Famicom…diorang ni pun sebenarnya hebat gak  n ada keluarkan game sendiri dekat katrij diorang contoh Mahjong khas untuk Micro Genius konsol je.. Hu2 sayangnya konsul aku ni dah rosak n pastu hilang kat mana ntah dalam tahun sekitar 1996..Ok tu je.. semoga korang semua bersemangat nak review game sempena bulan adventure ni… Cerita sejarah game di Malaysia akan bersambung… kalau free aku tulis lagi… Geng artikel ni gak saya letak kat closed group ps2 Malaysia sebab saya salah seorang ahli kat situ. Semoga gamer akan liked group kami ni..yeah!!!



No comments:

Post a Comment