qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Sunday, May 11, 2014

Koleksi Lakaran Komiku (my cartoon sketch collection)

Selain daripada mengumpul dan membaca komik, sy juga teramatlah suka melukis terutamanya melakar watak kartun dari komik atau cerita kartun yang saya tengok. Ada dekat berpuluh lakaran lukisan yang pernah saya buat tapi x semua saya tangkap gambar. Kat bawah ni adalah koleksi lakaran komik saya yang dah berusia hampir8 tahun.

Other than collect and read of comic book, i'm also like to draw n sketch the character of cartoon that i read. More than dozen of sketched artwork have i done. This is some of it. Most of my work at here have been sketched 8 years ago.





Watak kartun Malaysia n yang ada kat TV

Watak Pendekar Laut dari komik Pendekar Laut

Watak dari komik Wira-wira Kembar

Marsyal Yau dari komik Alam Perwira

Watak Penzalim Gusti dari komik Juara Wira

Watak dari komik Wira Sakti


Friday, May 9, 2014

Burger Menara (Tower Burger)

Burger Menara ialah burger tinggi dengan kandungan daging burger ayam, ketulan ayam chicken chop, keju, sayur salad  dan bun roti  bijan burger. Rasanya menarik n lain dari yang lain. Dibeli di francaisi makanan segera Malaysia iaitu Marry Brown. Unik n pasti ada kelainannya.

Burger Tower is one of the tallest burger that consist of chicken patty, piece of chicken chop, cheese, salad  and sesame bun . Unique taste by Malaysian's franchise food stall that's Marry Brown. Unique and see the different.



Teh Serbat

Teh serbat adalah minuman  unik yang hanya ada kadang-kadang kat kedai mamak. Apa yang bestnya teh serbat ni.. pasti korang pelik dengar nama dia ni kan n warnanya. Teh serbat ni pada mulanya aku pun tak tahu apa kebenda la minuman ni..Pas rasanya baru la ku tahu.. Dari pemerhatian saya Teh Serbat sebenarnya ialah teh susu biasa tetapi dicampurkan dengan air sirap..jadi kalau susu campur sirap mestilah jadi bandung. Jadi warnya ialah warna air bandung n teh kalau ditarik jadilah bandung  n teh tarik. Dibeli di kedai AEON Big Selayang..

Have u ever heard a drink name tea serbat. What is the unique about this tea..does it's because of  the name of "serbat", the unique color of the tea or the  rareness to find it been sold. Tea serbat is the tea that you can find it seldom in mamak stall. The unique of the tea is the mix it between tea, milk and syrup. With the color of pink make this tea so wonderful

Teh Serbat

Sunday, April 27, 2014

Kereta mini: Super Emperor Dash 01 Premium

Kereta mini: Super Emperor Dash 01 Premium

Assalamualaikum n hai semua.  Kali ni nak kongsi berkaitan hobi baru  yang sebenarnya sangatlah retro masa zaman kecik2 sekolah rendah ku iaitu berkaitan kereta mini Dash Yonkuro. Ingat x masa zaman dulu ada anime Dash Yonkuro yang sangatlah famous berkaitan perlumbaan kereta mini. Antara yang famous kereta mininya macam Emperor, Dashing Doll, Burning Sun, Shooting Star, Canon Ball dll. Dan aku masih ingat masa kat darjah 6 budak lelaki memang suka sangat main kete mini ni  dengan lumbanya kat dalam longkang sekolah.he2

Akhirnya aku mula terjebak ngan hobi ni pas roommate ku iaitu Azrain tayangkan balik cite anime ni kat aku. Last2 aku pun download balik cite ni yang versi Bahasa Malaysia kat Youtube. Dia kata kat aku hobi kete mini ni dah datang balik. Banyak orang kembali kumpul jadi koleksi. Nak jadi cite aku dari kecik suka kat kereta Proto Emperor n last sekali member kata kalau ko minat cuba ko beli online kat FB. Malangnya kete aku minat ni dah habis stok.

Jadi hujung minggu aku jalan2 kat Bandar Mukah n akhirnya jumpa kedai jual Tamiya. Cari2 kete Proto Emperor yang aku nak x ada jugak. Last sekali aku beli juga la kete Super Emperor Dash 01 Premium  ni. Pas beli aku mula pasang badan,enjin n spare part kete..sampai la siap. Rasa best lak pasang benda ni. Aku rasa patut sekolah rendah jadikan komponen pemasangan kete mini sebagai projek Kemahiran Hidup para pelajar sebab memang bagus kerana ada kena mengena dengan pemasangan komponen elektronik, memerlukan banyak penelitian n dalam masa sama meningkatkan daya minat diorang kat bidang automotif. K ni la beberapa gambar model Super Emperor yang dah siap.

Review kete ni boleh kata cool, bentuk aerodinamik, Manakala butang “on” bateri dia dah lain dengan berbentuk larasan bulat. Warna oren kat bumper kete ni yang ada roda bulat kat sisi dia memang cool n menawan. Memang mantap la!!










Friday, April 18, 2014

Game Review: X-Men vs Street Fighter

Game review

Setelah sekian lama akhirnya baru la dapat sy nak tulis sedikit artikel berkaitan game review di dalam blog sy ni. Sy betul2 mengucapkan sori kepada mereka yang selalu melayari blog ni kerana sudah agak lama x berblog akibat kesibukan tugas bekerja. Alhamdulillah jumlah viewer semakin meningkat  walaupun x la sehabat mana tapi bagi sy sudah cukup kerana ada juga yang minat nak membaca blog sy daripada berbilion jumlah blog n website yang ada di alam maya daripada seantereo dunia ni. TQ2

Game yang sy nak review ialah game pertarungan klasik  keluaran CAPCOM iaitu X-men VS Street Fighter yang mana buat julung kalinya Capcom buat game yang fokus kepada dua watak francaisi pertarungan terkenal iaitu Street Fighter n X-Men. Kalau game Marvel VS Capcom wataknya adalah pelbagai daripada genre watak pertarungan Capcom n Marvel tapi game ni  berlainan sedikit kerana lebih berfokus kepada watak yang  spesifik daripada Street Fighter n X-Men sahaja.Antara watak yang korang boleh pilih dari Street Fighter seperti: Ryu, Ken, Zangief, M Baison, Chun- Li,Charlie dan Dalshim. Manakala watak X-men ialah:  Cyclops, Magneto, Gambit, Rogue, Jaggernaut, Wolverine, Sabertooth.

Cara pertarungan game ni adalah seperti biasa kalau korang banyak wat aksi maka meter power korang akan penuh, pas  penuh apalagi tekan la butang power max untuk guna kekuatan power terhebat korang. Power max untuk watak X-men kat game ni akan keluar perkataan X merujuk diorang ni manusia mutan X rasanya..hu2

Last sekali musuh bos terakhir  korang akan lawan watak Apocalypse yang besar gedabak. Apocalypse ni menggunakan senjata peluru berpandu , tangan bergerudi, tangan berduri n lain2 ketika nak kalahkan korang. Tapi sebenarnya x la susah sangat nak kalahkan Apocalypse ni  kalau korang kumpul meter power sampai penuh  n wat serangan power max…. mesti sekejap je Apocalypse ni tumbang. Secara keseluruhannya game ni memang cool. HuH! Kira beruntung gak main game ni sebab watak Apocalypse agak jarang keluar dalam game pertarungan jadi dapat main game ni pasti puas sebab dapat lawan boss akhir yang besar gedabak ni..Best2!!



 Watak2 dalam X-Men vs Street Fighter



 Watak utama Street Fighter iaitu Ryu n ketua X-Men iaitu Cyclops



 Ryu vs Storm




Menentang bos terakhir Apocalypse



Ken vs Apocalypse yang besar gedabak

Friday, March 14, 2014

Game Review: Alien vs Predator

Game review: Alien vs Predator

Apa khabar kepada semua. Di hari ni saya ingin review sebuah game klasik terbitan Capcom  iaitu Alien vs Predator ( merupakan siri pertama game ini daripada  pelbagai francaisi game atas judul yg sama) Game ini berbentuk beat em up di mana anda boleh memilih watak daripada pejuang bumi atau predator bagi menentang Alien yang cuba menguasai bumi .

Korang juga boleh dapat extra markah kalau dapat jumpa ikon makanan yang akan keluar pas pecahkan tong atau kotak besi. Selain itu pelbagai senjata musuh seperti machine gun, senapang dan sebagainya juga dapat digunakan secara sementara selagi masih ada peluru apabila korang dapat bunuh musuh.

Musuh korang terdiri daripada alien, zombie dan juga manusia pengkhinat yang cuba nak  wujudkan lebih banyak alien bagi kepentingan peribadi sendiri.

Bos yang korang akan lawan pada setiap stage macam robot, alien dan predator gila. Untuk stage terakhir korang akan lawan Alien Queen..



 menentang pelbagai jenis alien

 Predator menggunakan senjata musuh


 Predator menentang bos  terakhir iaitu Alien Queen



Wednesday, March 12, 2014

Sajak untuk MH370.. Poem for MH370

Ini adalah koleksi sajak berkaitan kehilangan misteri kehilangan MH370. Jelas terpancar perasaan sayu, kesal dan sebagainya disebalik bait sajak yang ditulis olehnya. Khas untuk peminat sajak... Marilah kita doakan keselamatan pesawat penumpang MH370..Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT hendaknya..Amin..




MH370

MH370 hilang
Itu nokhtahnya
Ia lenyap dari radar
Terputus dari alam jagat
MH370 hilang
Lenyap tanpa kesan
Tiada tanda mjd penunjuk
Tiada apa utk di cari
MH370 hilang
Sgl jentera hebat mencari
Seluruh kuasa insan diimpi
Sglnya tiada berpaksi
MH370 hilang
Ini Amaran dari Allah
Ini kuasa Allah
Insan lupa ini sunnatullah!
MH370 hilang
Doa para solihin yg YAKIN
beriman dgn ALLAH!
Doa seluruh keluarga dan doa semua mukmin!
Dgn kerendahan hati
Memohon rahmatMU ALLAHUAKBAR!
Dgn Kasih sayangMu
Dgn kebesaranMu
Allah pencipta seluruh alam
Punya kuasa mengatasi sglnya
Kami insan hina
Kami insan kerdil
Kami insan lalai
Kami insan buntu
Ampunkan kami...
YA ALLAH!
Pertemukanlah dgn rahmatMu
MH370 yg hilang.....

#doauntukMH370



Sajak 2

MH370


Biarkan
Mereka berjenaka
Mjdkn kisah ini satu mainan
Biarkan
Mereka bercerita
Mjdkan kisah ini satu dongengan
Biarkan
Mereka berencana
Mjdkan kisah ini satu perbualan
Biarkan mereka ini
Yg tiada rasa
Yg tiada jiwa
Tak punya hati simpati
Tak punya budi pekerti
Sungguh kita yg mengerti
Ada hati yg sdg terluka
Ada jiwa yg sdg meronta
Ada rasa yg sdg binasa
Ada mata yg sdg berkaca
Tolong..
Hentikan sandiwara kalian
Ini bkn permainan
Ini cerita hidup insan




Sajak 3

Sedih sayu memilu
Terlukis pd wajah
Sarat dlm hatinya
Harapan yg belum pasti
Sungguh berat ujian ini
Nun di sana
Di bumi asing yg mana?
Ada nyawa dipertaruh
Hidup atau mati
Jiwa-jiwa itu diragut seram
Bagai disiat-siat perit
Memuntahkan jeritan
yg tiada bunyi
Mimpi ngeri atau realiti
Tanda soal masih dihujung kata
Pedih..payah..kaku hati
Sedih..susah..beku jiwa
Emosi yg tiada matlamat
Redha itu pasti
Pasrah utk menanti
Segalanya hanya Allah mengerti!
Ini rencana Dia yg berkuasa
Ini berita Dia yg cipta
Krn pasti Dia mahu mendengar rintihan hambaNya yg makin jauh dr Nya....
Astaghfirullahal'azim..

#DoaUntukMH370!innallaha ma' naa
 — feeling sad.