qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Wednesday, March 5, 2014

Game Review: Armored Warrior

Assalamualikum n hai geng.. kali ni sy nak review satu lagi game klasik yang dikeluarkan oleh Capcom iaitu Armored Warrior..

Game ni berkisar kepada pahlawan bumi yang cuba mempertahankan planet bumi dari serangan askar Planet Raia. Para pemain boleh memilih 4 orang watak berlainan yang akan mengendalikan  robot berperisai yang mempunyai kebolehan pelbagai semasa menentang robot musuh.
Apa yang menarik robot kawalan kita boleh bermodifikasi dengan mengambil senjata musuh daripada robot yang telah kita musnahkan..

Untuk stage mood bos korang akan lawan pelbagai robot besar gedabak dengan bentuk seperti kala jengking,naga kepala 2 n sebagainya. Secara keseluruhan game ni menghiburkan.

 Antara robot yang best untuk digunakan bagi menentang musuh


 Robot yang dapat dimodifikasikan

 Menentang bos kala jengking
 Bos mode akhir yang berkepala naga


Pilihan pejuang yang korang boleh pilih


Sunday, March 2, 2014

Game review: Marvel vs Capcom ( Clash of Super Heroes)

Yang ni lak game best super gedabak iaitu Marvel vs Capcom generasi pertama daripada siri game perlawanan paling dahsyat n menarik keluaran Capcom.

Game ni korang boleh pilih pelbagai watak dari Marvel macam Spiderman, Venom, Black Heart, Captain Amerika dan lain-lain sebagai watak utama korang. Macam aku suka sangat guna watak Venom sebab cool habis. Atau aku akan guna watak Captain America yang teramat patriot kepada negara.

 Selain itu ada watak Capcom macam Ryu, Zangief , Strider dan lain-lain sebagai watak karekter perlawanan pilihan korang.

Untuk stage mode last  korang akan lawan watak bos iaitu Onslaught iaitu gabungan Magneto n Prof x yang kekuatan dia power gedabak.Huh..susah nak tewaskan


Zangief vs Strider





Megaman vs Ryu

Captain Commando & Ryu

Onslaught vs Hulk

War Machine vs Onslaught Transformasi ke 2

Tuesday, February 25, 2014

game review Doraemon 4: Nobita To Tuki No Okaku

Game Review

Game seterusnya yang sy nak review ialah game klasik Doraemon yang mantap habis bertajuk “ “Doraemon 4: Nobita  To Tuki No Okoku”. Game ni menampilkan  pengembaraan secara side scrolling sama cam game Super Mario n Adventure Islands. Apa yang best game ni korang boleh pilih pelbagai watak favorite game Doraemon cam Nobita, Shizuka, Suneo, Gian@Giant, Doraemon n Doralin( adik Doremon yang cute). Macam sy suka sangat guna watak Doralin yang comel habis n warna kuning.

Jalan cite game ni ialah korang kena menggembara sambil boleh mendapatkan gajet berkuasa yang akan muncul simbolnya di sepanjang jalan.  Musuh korang nanti terdiri daripada robot, burung, dinasour dan macam-macam yang harus korang serang dengan gajet atau mengelak. Jika kena serangan musuh atau terlanggar diorang, nyawa karekter akan berkurangan yang diwakili oleh bentuk “love” di bahagian atas skrin permainan. Permainan akan game over jika nyawa habis, atas korang terjatuh kat lubang  dan lain2 lagi. Korang juga kena mengelak banyak benda tajam cam rantai berduri, besi tajam yang jatuh dari dinding dan lain-lain.


Game ni agak panjang tapi x bosan. Setiap stage kat bahagain akhir korang akan lawan watak bos untuk mara ke bahagian seterusnya. Kiranya korang kena lawan begitu ramai musuh untuk menang game ni. Selain tu ada juga stage korang akan naik roller coaster n bonus stage tembak musuh guna meriam. Apa lagi yang menarik  ialah kalau korang dapat kuih dorayaki dalam game ni maka jumlah  berapa kali nak hidup semula pas game over akan bertambah. Jadi kena banyak kutip kuih dorayaki sepanjang perjalanan. Secara keseluruhan game ni agak best untuk relese tension cuma stage n misi nya terlalu banyak untuk diselesaikan..








Monday, February 24, 2014

Power Rangers Fighting Edition: Game Review

Game review

Power Rangers Fighting Edition

Game ni antara game fighting menarik untuk konsul klasik Super Nintendo. Dengan runut muzik Power Rangers yang original pasti mengimbau kenangan korang n diriku semasa sekolah rendah yng minat  n pernah tngk cite ni kat TV1. HuH!

Dalam  game ni korang boleh pilih  watak robot Thunder Mega Zord atau Mega Tiger Zord sebagai karekter kawalan korang untuk story mode. Apa yang bestnya korang nanti dapat lawan dengan pelbagai watak dalam siri Power Rangers x kira la watak baik yang terdiri daripada mobile suite robot Power Rangers atau watak jahat yang dipimpin oleh Lord Zed.

Kalau korang pilih Thunder Mega Zord, kelebihan watak ni menggunakan pedang samurai untuk serangan . Mega Tiger Zord  pulak power dengan serangan tumbukan tangan robotiknya. Main game ni mengimbau kembali zaman kanak-kanak, ingat lagi watak paling cun  iaitu Power Rangers Pink dengan pelakonnya Amy Jo Johnson.  Mesti umur dia ni dah nak dekat 50 tahun sekarang.


Antara watak yang ada untuk dilawan ialah macam Shogun Mega Zord (besar gila mecha robot ni), Ninja Mega Zord, Goldar, Lord Zed, Ivan Ooze dan lain-lain. Memang mantap la game ni…..
















Thursday, February 20, 2014

Adventure Islands - game review

Assalamualaikum n hai geng. Ni adalah pertama kali saya nak review game yang saya pernah main. Game pertama yang saya nak review ialah game klasik Adventure Islands  yang dihasilkan oleh Hudson Soft. Game ni memang menarik persis Super Mario tetapi anda akan mengendalikan watak Master Higgins @Master Takahasi untuk menyelamatkan kekasihnya yang dicuri oleh ahli sihir iaitu Evil Witch Doctor.

Dalam game ni kita akan kawal Master Higgins mengembara dengan mendapatkan buah-buahan tropika untuk dapatkan masa, kalau masa tamat n kita x selesaikan game maka permainan ni akan game over.

Kita juga akan dapat senjata seperti boomerang n kapak batu yang akan keluar simbolnya sepanjang pengembaraan. Best kadang2 dapat sut  n skate board yang akan muncul

Pelbagai bos akan kita lawan kat dalam game ni ,tapi bg sy paling susah bukan stage akhir iaitu gajah pink terbang tetapi masa lawan Naga Terbang paling susah











 Master Higgins n kekasihnya

 Evil Witch Doctor yang bertukar jadi Gajah Pink Terbang

Evil Witch Doctor

Monday, February 10, 2014

Setem Hidupan Liar Tahun 80an-90an

Ini adalah koleksi setem hidupan liar pada tahun 80an ke awal 90an. This is collection of wildlife animal during 80's to early 90's

Tapir

 Kelawar(bat)
 Kancil
 Rama-rama

Koleksi Kereta Boleh Ubah( Changeable Car)

Ini adalah koleksi kereta sy yang boleh ubah menjadi sesuatu iaitu robot..Hu2. This is my collection of changeable car that can change into  robot..