#2 Chibimaruko
Ok geng nak review sebuah komik manga yang popular di kaca tv terutama di saluran Astro yang siap ada promosi untuk filem alih bahasanya. Dengan muzik soundtrack "Picaya picaya perut ku dah berbunyi" komik ni menjadi terkenal bersama animasinya di seluruh dunia.
Tajuk komik: Chibimaruko
Jumlah jilid: 15
Karya: Momoko Sakura
Penerbitan Malaysia: Comic House
Sinopsis pendek:
Bagi yang tak pernah membaca manga ini, komik ini sebenarnya ialah ibarat catatan diari kartunis Momoko Sakura mengisahkan dirinya yang digambarkan dengan watak Chibimaruko semasa kecil. Catatan diari ini diubah menjadi lukisan kartun dan menguraikan segala bentuk peristiwa yang dialami Momoko Sakura dengan agak terperinci dan bai kepada sesiapa yang membacanya.
Mengisahkan Chibimaruko seorang budak yang tinggal di dalam keluarga yang susah, di dalam keluarganya mempunyai ibu dan bapa, atuk dan nenek dan seorang kakak. Hidup mereka amat susah sehingga musim sejuk keluarga ini tiada alat pemanas dan terpaksa berselimut di bawah meja makan untuk merasa kepanasan haba.Walaupun serba kekurangan keluarga ini bahagia menggambarkan kekayaan bukannya benda yang boleh menggembirakan manusia
Maruko mejalani kehidupan biasa namun menyeronokkan seperti peristiwa menangkap katak untuk kelas biologi, pengalaman pertama Maruko membeli jam loceng, perstiwa banjir dan sebagainya. Malah Maruko berasa amat gembira bila hidungnya berdarah keluar apabila musim panas hanya untuk mendapat perhatian keluarga.
Beza paling ketara antara anime dan manga ialah sesekali Momoko Sakura akan melukis dirinya sendiri dan bukannya Maruko ketika menjalani kehidupan di masa kecil. Namun watak gambar ibu,bapa,datuk dll adalah serupa seperti kisah Maruko.
Bagi mereka yang suka baca komik aksi dan penggembaraan, membaca komik Maruko ini akan kemungkinan membawa kepada perasaan kebosanan kerana jalan ceritanya yang langsung tiada aksi pertarungan. Sebagai peminat komik aksi agak kurang sesuai untuk saya bagi sebarang rating berkaitan kepuasan untuk membaca komik ini. Apapun sebagai peminat manga untuk kumpul komik ni x jadi sebarang masalah.
Info Tambahan
1)Momoko Sakura sendiri merasakan komik lukisannya tidak cantik tetapi kerana jalan ceritanya disukai pembaca menyebabkan komik Chibimaruko terkenal di seluruh dunia.
qisya zahrah
Total Pageviews
Thursday, August 24, 2017
Review komik Dragon Ball
Orait geng lama x post apa2 kat blog sy ni..di sini saya nk tulis beberapa review komik yg sy pernah tulis di FB ..harap enjoy...boleh join group komik sy di FB dgn search Peminat Komik Manga.
#1. Mutiara Naga @ Dragon Ball
Review Komik Manga
Ok geng bagi memeriahkan group ni ,buat pertama kalinya sy nak tulis review berkaitan komik manga Jepun.Komik yang nak direview ni merupakan manga pelopor utama yg muncul awal di negara kita. Malah manga ni boleh dikategorikan top 3 manga paling popular di Malaysia yang perlu ada bagi setiap peminat komik manga.Sejujurnya saya baca komik Mutiara Naga lebih awal dari penerbitan Comic House dan ketika itu komik ini dipanggil Dragon Bola dengan dikeluarkan di dalam versi jilid nipis.
Tajuk: Mutiara Naga aka Dragon Ball
Karya: Akira Toriyama
Volume: 43 jilid
Penerbitan Malaysia: Comic House
Sinopsis ringkas:
Mengisahkan penggembaraan seorang budak kecil bernama Son Goku yang mempunyai ekor dibelakangnya yang bertemu dengan seorang remaja perempuan bernama Bulma bagi mendapatkan mutiara naga. Bulma berbakat dalam penciptaan alat elektronik begitu tertarik dengan kehebatan ilmu kungfu Goku lalu memilhnya untuk mendapatkan mutiara naga yang jika dikumpul akan dapat menunaikan sebarang permintaan dari dewa naga yang diseru setelah terkumpulnya mutiara naga.
Kisah kembara Goku kemudian diperluaskan dari usaha merebut mutiara naga dari Raja Pilaf sehingga kepada beberapa bahagian jln cerita yang semakin diperkembangkan oleh kartunis Akira Toriyama seperti:
a) pertempuran dengan Kumpulan Selendang Merah/ Red Ribbon
b) pertandingan kungfu antarabangsa
c) konflik dengan pahlawan Saiya
d) peperangan dengan Fliza
e)konflik dengan cyborg/android ciptaan Dr. Gero
f) kisah Gohan meneruskan legasi ayahnya
g) peperangan terakhir menentang Majin Buu
Dan lain2
Perjalanan cerita Mutiara Naga ini dirangka jauh oleh Akira Toriyama semenjak Goku kecil sehingga berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak. Ramai musuh yang memusuhinya kemudian bertukar menjadi baik malah membantu perjuangan Goku untuk menyelamatkan dunia. Sy keseluruhan bagi rating komik ni sebagai A pada kepuasan membaca dan aksi yg dipamerkan.
#info tambahan
1)terdapat banyak nama yang berubah untuk versi BM contoh Pikor (Picolo),Fliza(Frieza), Bezita (Vegetta) dan lain2
2)kebanyakan nama watak dalam komik Dragon Ball ini diambil dari nama sayur dan benda
3)serangan Kame Hame Ha yang famous milik Goku ni sebenarnya nama ini diambil dari nama Raja Hawaii iaitu Raja Kame Hame Ha
4) watak Goku diambil dan diinspirasikan dari kisah Son Wukong dari cerita Journey to The West.
5) Terdapat banyak alatan ciptaan Bulma seperti motosikal dll diinspirasikan dari imaginasi Akira Toriyama dan beberapa pembuat kenderaan pernah berbincang dengan Toriyama bagi menghasilkannya di alam nyata. Malah moto yg dibawa Bulma pernah dipasarkan dan dibuat hasil kerjasama Toriyama
6) berlaku clash komik Akira di mana Goku pegi ke Kg.Penguin dalam verita Dr.Slump dan bertemu dengan watak Arale bagi menentang tentera selendang merah
Tq baca.....

Sunday, April 26, 2015
Preview: Konsol Gamecube
Assalamualikum dan salam sejahtera geng. Hari nak cerita
tentang konsol retro yang lain yang terdapat di dalam generasi ke 6 dunia
konsol..Tak lain dan tak bukan ialah Gamecube..Info ringkas pasal Gamecube ni..
Nama: Gamecube
Pembina : Nintendo
Tarikh Keluaran: 14 Disember 2001
Tarikh Tamat Keluaran: 2007
Jumlah Jualan: 21.74 juta
Nintendo merupakan antara pembina konsol yang paling aktif
di dunia yang menceburi bidang dunia konsol dari generasi pertama sampailah ke generasi terbaru iaitu
8. Nintendo terkenal dengan penciptaan konsol dan game yang berbentuk kekeluargaan
n dapat dimainkan secara gembira n ceria contoh Mario,Kirby, Donkey Kong dll.
Kelebihan Game Cube
a) Game
Cube menggunakan mini dvd untuk
memainkan game, menyebabkan para pencetak rompak tidak mampu untuk mencetak
rompak game konsol ini.
b) Game
Cube mempunyai himpunan game eksklusif yang banyak dan tiada di konsol lain
kecuali Nintendo. Contohnya game famous mereka, Mario Sunshine, Super Smash
Bro, Meteoroid, Resident Evil Zero. Saya kecewa gak kerana game RE selama ini ada kat dalam konsol
Playstation dari RE1 sampai RE6 tapi
tiba-tiba RE Zero hanya ada kat Game Cube dan Wii sahaja
c) Game
Cube boleh memainkan game untuk konsol Game Boy, GBA dll tapi memerlukan game boy player attachment
d) Mempunyai
controller yang unik menyebabkan anda x rasa letih tangan walau berajam main
game.
Kekurangan
a) Kerana
game cube guna mini disk jadi simpanan data hanya ada 1.5 gb berbanding XBOX dan PS2 dimana dual layer dvd mereka
boleh simpan data sampai 8.5 gb. Namun Game Cube dapat beri grafik yang tinggi
disebalik kekurangan ini.
b) Himpunan
game untuk Game Cube adalah sedikit hanya ada 600 judul.
c) Game
cube mempunyai kebolehan yang terhad untuk bermain permainan online..hanya ada
beberapa game sahaja.
Ok semoga anda dapat tambah
ilmu…Tapi sejujurnya kalau ada Game Cube memang best sebab game eksklusif dia
sangat menarik dan menceriakan.
Preview Konsol XBOX Original Generasi Pertama
Nama: XBOX
Pembina: Microsoft
Tarikh pengeluaran: 15 November 2001
Tarikh Tamat: 4 Jun 2006 ( jumlah jualan 24 juta)
XBOX merupakan konsol buatan Amerika pertama yang memasuki
kembali dunia persaingan konsol generasi
keenam setelah kali terakhir oleh Atari Jaguar pada lebih kurang tahun 1991.
XBOX memberikan persaingan kepada PS2 dengan kebolehannya untuk memainkan dvd
game sama seperti PS2. Selain itu XBOX tidak memerlukan simpanan memori kad
berasingan seperti PS2 kerana memori simpanannya tersimpan di dalam konsol
sebanyak 8gb. XBOX juga mampu untuk memainkan dvd sama seperti ps2 juga.
Kelebihan lain XBOX mempunyai kebolehan bermain atas talian dan dapat
menghubungkan data internet melalui Ethernet( sekarang orang guna wifi dah tak
perlu wayer)..
Walaubagaimanapun XBOX bagi saya tak mampu untuk menandingi
PS2 terutamanya dari segi jualan PS2 (150 JUTA) manakal XBOX( 24 juta). Antara
faktor kenapa XBOX tak dapat sambutan kerana kebanyakan tajuk game yang XBOX ada turut ada pada PS2 menyebabkan
pengguna rasa kenapa mereka perlu membeli XBOX. Konsol XBOX pula hanya laku di
pasaran Amerika Utara dan kurang
mendapat sambutan di Asia dan Jepun. Orang Jepun boleh kata x nak beli konsol
ini sebab mereka lebih menyokong barangan tempatan Sony dan Nintendo daripada
barangan luar. XBOX buat macam2 contoh
keluarkan game eksklusif (only on XBOX) dengan bayar kat developer harga mahal tapi x juga dapat
sambutan daripada negara Asia terutama Jepun… Contoh game Ninja Gaiden, DOA,
Crazy Taxi 3, Halo, Fable dan lain-lain. Pelbagai masalah lain yang dialami oleh
XBOX dari segi overheating yang membawa kepada RROD turut menyebabkan pengguna
takut untuk membeli konsol generasi pertama ini.
Apapun Bill Gates ni genius dia belajar dari kesilapan untuk
menghasilkan konsol XBOX 360 yang diperbaiki bagi menentang Sony.. Korang
perasan x sebenarnya Bill Gates ni x kisah langsung dengan duit untuk konsol
ni..baginya persaingan bisnes dan peperangan dunia konsol adalah permainan
sebenar dalam hidupnya..Ok semoga korang
dapat tambah ilmu
u…
Friday, April 10, 2015
Dreamcast SEGA
Assalamualaikum geng dan salam sejahtera.. hari ni nak
cerita sejarah konsol lagi kat korang supaya korang dapat tambah ilmu sedikit
sebanyak..
Apa yang anda akan buat jika anda hampir kehabisan wang dan
syarikat anda hampir musnah.. Namun anda tetap berusaha sedaya upaya untuk kali
terakhir dengan sebuah impian dan harapan
untuk terus berjaya walaupun sesukar mana.. Begitulah sebuah harapan dan
impian yang dilaksanakan oleh SEGA terhadap konsol impian dan harapan mereka
yang terakhir iaitu Dreamcast. Sedikit
fakta ringkas..
Nama Konsol: Dreamcast
Pembina : Sega
Tarikh Keluaran: 27 Nov 1998
Tarikh Tamat: 31 Mac 2001. ( Jualan 10.6 juta)
Dreamcast merupakan konsol pertama generasi keenam. Apabila
Sega mengeluarkan Dreamcast..jualan Psone mula merosot akibat janaan grafik untuk Dreamcast adalah lebih tinggi
dan berkualiti. Dreamcast juga merupakan konsol pertama di dunia yang dapat
melaksanakan permainan game di atas talian melalui internet .
Kejatuhan Dreamcast muncul setelah Sony mengumumkan pengeluaran konsol mereka
terbaharu iaitu lagenda konsol dunia PS2. Konsol PS2 menggunakan dvd bagi game yang digunakan menyebabkan grafik
dan data dapat dipertingkatkan dalam penggunaan konsol mereka. Berbanding
Dreamcast yang menggunakan cd menyebabkan data game yang kecil sahaja dapat
dimainkan. Faktor lain kejatuhan Dreamcast ialah tidak banyak pembina game third party yang
mengeluarkan game untuk Dreamcast berbanding PS2 yang disokong oleh Namco,
Tecmo, Capcom, Koei dll. Dreamcast terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri
iaitu SEGA untuk mengeluarkan game. Faktor terakhir ialah SEGA tidak mendapat
bekalan Power VR chipset yang mencukupi oleh pembekal bagi komponen dalaman untuk membuat konsol
Dreamcast menyebabkan tawaran tinggi pengguna tidak dapat mereka sediakan.
Akhirnya akibat kos yang semakin tinggi dan keuntungan yang berkurangan
menyebabkan SEGA menarik balik pengeluaran Dreamcast. SEGA juga kemudian
telahpun keluar daripada industri konsol yang telah mereka sertai semenjak konsol generasi ke 3. Dulu SEGA adalah
pencabar terhebat Nintendo.. kalau Nintendo ada Super Mario mereka ada
Sonic. Berakhirnya legasi SEGA
di dalam dunia konsol setelah tamatnya hayat Dreamcast, mereka kemudian
hanya terlibat sebagai pembina game untuk Sony, Microsoft dan Nintendo. Antara
game hebat Dreamcast seperti Shenmue, Marvel vs Capcom2, Crazy Taxy, House of
The Dead, Reseident Evil Code Veronica, Power Stone dll. Jadi kalau korang ada konsol ni pasti korang
akan rasa sebuah harapan, impian dan jiwa SEGA padanya..oh Dreamcast.
Monday, April 6, 2015
Konsol PSX
Assalamualaikum geng n salam sejahtera. Hari ni nak cerita
secara ringkas sebuah konsol yang tahap rare
n sukar didapati. Nama konsol ni PSX..sila jangan terkeliru ngan
konsol pertama Sony iaitu Play Station One yang juga dikenali sebagai Ps One
dan PSX juga..
Nama Konsol: PSX
Keluaran : Disember 2003
Tamat Pengeluaran: Februari 2005
Generasi: 6
Konsol ni dibina dengan kelebihan sebagai perakam video
digital, dilengkapi dengan alat kawalan infra red, RF input dll. Konsol ini juga mempunyai kelebihan bermain
kesemua dvd game untuk konsol ps1 dan ps2. Selama juga beberapa model ps2 yang mempunyai kebolehan
backward untuk bermain game ps1
tapi x kesemua dvd gamenya.. Antara kelebihan lain PSX ialah kebolehan
menyimpan datanya..contoh model 5000 ada 160 gb simpanan data..n model 7000 ada
250 gb. Selain itu fungsi utama PSX ialah kebolehan mengedit
video,audio dan imej yang korang rakam atau ambil semasa bermain game. Antara kekurangan konsol ni ialah kalau
korang beli PSX ini ianya x disediakan controller..jadi kena beli sendiri
controller… jangan risau PSX ni support controller ps2…Konsol ni kemudian x mendapat sambutan dan hanya dijual
kat Jepun..
Wednesday, April 1, 2015
Review game: Metal Slug 6
Assalamualaikum n salam sejahtera
geng.. wow bulan perang merupakan tema yang sukar untukku sebab game perang
selalunya first person shooter...x mampu nak main first person sebab ada
penyakit pening kepala..namun terdapat satu game perang yang cute..yang dapat
ku reveiwkan....
Tajuk:
Metal Slug 6
Pembina: SNK
Konsol: PS2, aRCADE..
gENRE: lari dan guna senjata..
Pembina: SNK
Konsol: PS2, aRCADE..
gENRE: lari dan guna senjata..
Mukadimmah...
Game Metal Slug merupakan salah satu franchise terulung oleh SNK selain daripada KOF. Game ni mengisahkan sekumpulan askar comel yang ditugaskan menyelamatkan dunia melalui penaklukan pasukan tentera yang jahat, makhluk asing dll. Untuk pengetahuan korang maksud Metal Slug ni sebenarnya merujuk kepada alatan robot atau mecha yang ada digunakan oleh mereka semasa menentang musuh.

Sipnosis Metal Slug 6:
Askar terulung daripada skuad Pregrine Falcon iaitu Marco ,Tarma,Eri dan Fio sekal lagi ditugaskan untuk menyelamatkan bumi daripada penguasaan Jeneral Morden yang dah banyak kali mereka tumpaskan tapi x pernah2 mengaku kalah untuk menakluk dunia. Kali ini mereka didapati membina kubu di kawasan pergunungan. Jadi mereka kena menyiasat n melakukan serangan sabotaj kepada kelengkapan perang Jeneral Morden. Semasa mereka melakukan serangan di dapati rupanya Jeneral Morden telah berpakat dengan Martian iaitu alien planet Marikh untuk menguasai dunia. Jadi petempuran dahsyat telah pun berlaku.Nak jadi cerita tup2 ada pulak la alien berbentuk serangga yang dipanggil Venusian pulak datang ke bumi untuk menakluk tanah tercinta ini. Pelbagai persoalan pulak timbul apakah kaitan antara Martian dan Venusian? Ini dan banyak lagi jawapan akan terjawab jika anda dapat menyelesaikan game ni..( gurau je geng jangan marah)

Gameplay..
Merupakan game yang mudah
side..scrolling kate orang...Seperti biasa korang akan dapat senjata basic
machine gun n dapat senjata power setiap kali korang lepaskan tebusan n dia
bagi ko senjata cam heavy machine gun, rocket laucher, flame thrower, laser
dll..
Namun 2 watak special
diberikan untuk korang dari game KOF untuk dijadikan askar membantu unit Falcon
kali ini iaitu Ralf n Clark..
Beberapa Slug baru
digunakan untuk korang guna masa lawan musuh cam Robo Slug, Mister Slug, Proto
Gunner dll
Senang kata game ni comel
,cute nak cubit2 sesuai dimainkan oleh mereka yang nak hilang tension. Ok..hu2
dapat gak wat review game perang ingatkan bulan ni x dapat nak review. Akhir
kata ..."Jihad terbesar dalam diri bukanlah jihad bertempur di medan
perang..jihad terbesar ialah jihad menentang hawa nafsu dalam diri.." tq
bye2 wasalam....
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
-1.jpg)
-3.jpg)