qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Wednesday, April 1, 2015

Review game: Metal Slug 6


Assalamualaikum n salam sejahtera geng.. wow bulan perang merupakan tema yang sukar untukku sebab game perang selalunya first person shooter...x mampu nak main first person sebab ada penyakit pening kepala..namun terdapat satu game perang yang cute..yang dapat ku reveiwkan....
Tajuk: Metal Slug 6
Pembina: SNK
Konsol: PS2, aRCADE..
gENRE: lari dan guna senjata..
Mukadimmah...
Game Metal Slug merupakan salah satu franchise terulung oleh SNK selain daripada KOF. Game ni mengisahkan sekumpulan askar comel yang ditugaskan menyelamatkan dunia melalui penaklukan pasukan tentera yang jahat, makhluk asing dll. Untuk pengetahuan korang maksud Metal Slug ni sebenarnya merujuk kepada alatan robot atau mecha yang ada digunakan oleh mereka semasa menentang musuh.
Sipnosis Metal Slug 6:
Askar terulung daripada skuad Pregrine Falcon iaitu Marco ,Tarma,Eri dan Fio sekal lagi ditugaskan untuk menyelamatkan bumi daripada penguasaan Jeneral Morden yang dah banyak kali mereka tumpaskan tapi x pernah2 mengaku kalah untuk menakluk dunia. Kali ini mereka didapati membina kubu di kawasan pergunungan. Jadi mereka kena menyiasat n melakukan serangan sabotaj kepada kelengkapan perang Jeneral Morden. Semasa mereka melakukan serangan di dapati rupanya Jeneral Morden telah berpakat dengan Martian iaitu alien planet Marikh untuk menguasai dunia. Jadi petempuran dahsyat telah pun berlaku.Nak jadi cerita tup2 ada pulak la alien berbentuk serangga yang dipanggil Venusian pulak datang ke bumi untuk menakluk tanah tercinta ini. Pelbagai persoalan pulak timbul apakah kaitan antara Martian dan Venusian? Ini dan banyak lagi jawapan akan terjawab jika anda dapat menyelesaikan game ni..( gurau je geng jangan marah)
Gameplay..
Merupakan game yang mudah side..scrolling kate orang...Seperti biasa korang akan dapat senjata basic machine gun n dapat senjata power setiap kali korang lepaskan tebusan n dia bagi ko senjata cam heavy machine gun, rocket laucher, flame thrower, laser dll..
Namun 2 watak special diberikan untuk korang dari game KOF untuk dijadikan askar membantu unit Falcon kali ini iaitu Ralf n Clark..
Beberapa Slug baru digunakan untuk korang guna masa lawan musuh cam Robo Slug, Mister Slug, Proto Gunner dll
Senang kata game ni comel ,cute nak cubit2 sesuai dimainkan oleh mereka yang nak hilang tension. Ok..hu2 dapat gak wat review game perang ingatkan bulan ni x dapat nak review. Akhir kata ..."Jihad terbesar dalam diri bukanlah jihad bertempur di medan perang..jihad terbesar ialah jihad menentang hawa nafsu dalam diri.." tq bye2 wasalam....








Friday, March 27, 2015

Review Virtual Boy (versi Bahasa Malaysia)





Assalamualaikum n salam sejahtera...hu2 terlalu sibuk sampai x sempat nak wat artikel baru berkaitan sejarah n dunia konsol....
Saban tahun masa-berganti masa-masa pelbagai generasi konsul dihasilkan..perbezaan paling ketara pada konsul ialah grafiknya...Ingat lagi x masa korang mula2 main konsol psone gambar dia agak berpetak2 namun apabila ke ps2 gambar nya cantik n smooth. Jadi hari ni saya nak cerita satu konsol yang paling unik dan melangkaui zamannya untuk menghasilkan grafik terhebat...namun gagal n kecundang..
Nama: Konsol Virtual Boy
Syarikat; Ninetendo
Generasi : 5
Tarikh diterbitkan: Julai 1995
Tarikh ditamatkan: Disember 1995
Jualan 770 ribu unit..
Virtual Boy merupakan eksperimen syarikat Nintendo untuk menghasilkan grafik 3d pertama di dalam dunia konsol. Idea mereka untuk memperlihatkan objek timbul yang membawakan pengalaman berbeza kepada pemain. Namaun kesilapan Nintendo mungkin disebabkan teknologi di zaman itu x kesampaian manakala..grafik 3d mereka hanya menggunakan lebih kurang 2 elemen sahaja iaitu merah dan hitam. Konsol ni juga amat pelik... kalau korang nak main ..mata korang kena pergi dekat binokular konsol baru dapat paparan yang jelas. Last kali konsol ni gagal sebab ramai orang mengadu pening kepala n mual akibat melihat grafik 3d yang pelik. Malah kanak-kanak dilarang bermain konsol ni kerana boleh merosakkan mata. Akhirnya Nintendo terpaksa mengaku kalah buat pertama kali...


Wednesday, March 4, 2015

Sejarah konsol game permainan di Malaysia (Micro Genius)

Asssalamualaikum n salam sejahtera, salam 1 ps2… Hai geng hari ni  saya ingin membawa anda menyelusuri sejarah perkembangan game di Malaysia pada awal n pertengahan tahun 90an. Semasa tu aku baru sekolah rendah  n terdapat sebuah konsol game yg amat famous  ketika itu.. Cer teka? Cer teka..  Saat tu x ada lagi Playstation mahupun Xbox. Jadi fikiran korang mesti terbayang Super Nintendo (SNES)  n Sega Saturn kan?..Pergh semua jawapan tu salah. Konsol paling hebat sekali ketika tu ialah Micro Genius sebuah konsol game yang dikeluarkan oleh syarikat Taiwan. Saat ni boleh kata  para gamer memang minat gilez main game kat konsol ni. Untuk pengetahuan korang ketika tu Nintendo takde ejen atau pengedar rasmi kat Malaysia, maka sebab tu la Micro Genius ni muncul. Syarikat Taiwan ni ambik teknologi daripada Nintendo n klon kan  konsol Famicom untuk wujudkan Micro  Genius. Maknanya setiap game Nintendo yang famous ketika itu cam Super Mario, Contra, Adventure Islands dll boleh main kat sini. Aku ingat lagi game paling aku minat main ialah Contra ..main ngan adik aku..selalu je aku pegang hero baju biru adikku baju merah menjelajah masuk hutan, air terjun dll masa lawan musuh..Pergh!! Namun begitu Micro Genius ni  bukan la ambik klon habis-habisan semua  game Famicom…diorang ni pun sebenarnya hebat gak  n ada keluarkan game sendiri dekat katrij diorang contoh Mahjong khas untuk Micro Genius konsol je.. Hu2 sayangnya konsul aku ni dah rosak n pastu hilang kat mana ntah dalam tahun sekitar 1996..Ok tu je.. semoga korang semua bersemangat nak review game sempena bulan adventure ni… Cerita sejarah game di Malaysia akan bersambung… kalau free aku tulis lagi… Geng artikel ni gak saya letak kat closed group ps2 Malaysia sebab saya salah seorang ahli kat situ. Semoga gamer akan liked group kami ni..yeah!!!



Review God Of War ..versi Bahasa Malaysia

Hai geng n salam sejahtera.  Hari ni saya nak review sebuah game yang paling famous di PS2 dan mencatat jualan kutipan judul game antara yang tertinggi dalam 4.6 juta unit di seluruh dunia x lain dan tak bukan iaitu God of War (Dewa Perang). Game ni bercorak third person viewer dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment dan dibina oleh Studio Monica. Merupakan game eksklusif terutamanya kepada pelantar Playstation.  Game ni bercorak matang  kategori 18PL dan tak sesuai dimainkan oleh gamer di bawah 18 ke bawah kerana  terdapat unsur pertarungan ganas, seks , kekejaman dll.
Jalan cerita game ni…(kebanyakan gamer main game ni  tapi sebenarnya x faham  apa sebenarnya berlaku kat cerita sebenarnya)  jadi kat sini inginku terangkannya…
Sinopsis..
Mengisahkan Kratos yang menjadi seorang seorang  ketua angkatan perang untuk tentera Sparta yang amat handal dan banyak menewaskan musuh. Namun nasib Kratos diambang bahaya di mana tentera beliau akhirnya hampir ditewaskan oleh pasukan pimpinan raja barbarian(orang gasar) dan beliau hampir dibunuh. Sebelum tewas dan mati beliau kemudian  berdoa  dan meminta pertolongan daripada Dewa Perang Greek iaitu Ares untuk memberinya kuasa bagi menewaskan musuh dan kemudian memenangi peperangan. Ares bersetuju dengan perjanjian itu dengan syarat  Kratos perlu menjadi hamba yang akan berkhidmat padanya..maka kemudiannya Kratos dihadiahkan senjata  Blade of Chaos yg dapat bunuh askar barbarian tadi. Nak jadi cerita kemudian  Ares mengarahkan Kratos memusnahkan perkampungan yang di dalamnya  terdapat kuil Dewi Athena. Semasa Kratos melakukan pembunuhan kat perkampungan itu..secara tiba2 Ares telah  dengan sengaja menghantar isteri dan anak Kratos ke kampung tersebut. Semasa gila membunuh beliau telah dengan tidak sengaja membunuh isteri n anak sendiri tanpa menyedarinya. Kemudian secara tiba-tiba seorang ahli nujum kampung tersebut  keluar sambil membaling Kratos dengan abu mayat keluarganya dan kulit Kraotos kemudian bertukar warna menjadi putih abu semenjak itu beliau digelar the “Ghost of Sparta”. Kratos tersentak dan  menyesal akan dosanya  dan berasa amat bersalah setelah membunuh insan yang dia sayangi. Kratos kemudian  ingin membunuh diri tapi dihalang oleh Dewi Athena yang kemudiannya membantu Kratos  untuk membalas dendam  kepada Ares dan menamatkan pembunuhan yang cuba dilakukannya. Maka bermula la perjalanan Kratos mengikut arahan Dewi Athena untuk mencari Pandora Box  yang mempunyai artifak senjata untuk menewaskan Ares.
Pergh panjang gila sipnosis.. Kat sini semasa penggembaraan ini korang akan lawan musuh macam Hidra, gorgon, herpies, cyclop dan sebagainya… Jadi  dalam penggembaraan ni korang kena bunuh  ramai musuh untuk dapat red orbs atau pecahkan barangan n buka kotak. Red orb ni nanti berguna untuk tingkatkan kekuatan senjata. Senjata yg korang guna masa lawan ialah Blades of Chaos dan kebolehan magik yang lain cam Poseidon Rage,  Medusa Gauze dll. Last sekali korang akan lawan Ares dan kalau korang menang serta dapat tewaskan dia maka Kratos la yang akan dapat gelaran Dewa Perang yang baru.






Thursday, February 5, 2015

Review game: Pencak Nujum ,Hakuto no Ken

Assalamualaikum geng n salam sejahtera. Sempena bulan anime ingin saya nak review game yang diambil daripada sebuah anime klasik 80an bertajuk Hakuto No Ken. Sebenarnya anime ni bukan asing kat Malaysia sebab manga dia dijual dan diterbitan oleh Comic House dengan nama Pencak Nujum. Manakala dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Fist of The North Star. Kalau korang layan anime ni betul2 gaya lukisan dia sangatlah berlainan dengan gaya lukisan mangga biasa, karyanya berbentuk lebih realistik dan dicampur gaya gothic. Pelukis komik iaiatu Tetsua Hara ni juga membuat kajian khas berkaitan akupunktur manusia sebab serangan watak utama Kenshiro melibatkan serangan titik akupuntur sebenar manusia. Komik klasik 80an ni bukan sahaja lain tapi bersifat 18SG di mana kematian dan letupan badan manusia dilukis secara dahsyat n realism. 
Game ni diterbitkan oleh Sega yang terkenal dengan francaise game Sonic, House of The Dead, Virtual Fighter dll. Jalan cerita Hakuto no Ken, berkaitan dunia yang hancur pada tahun 20XX akibat daripada peperangan dan serangan bom nuklear. Masyarakat ketika itu tiada undang-undang dan berbunuhan tanpa ada sebarang ketua atau pemerintah. Akhirnya munculnya lelaki misteri bernama Kenshiro yang mempunyai parut titik di badannya yang kemudian menyelamatkan dunia daripada kedahsyatan dan kemusnahan.
Antara watak yang ada ialah Kenshiro, Shin, Raoh,Jagi, Juda, Toki dan lain-lain. Gameplay sama je melawan musih sebanyak dua pusingan n boleh menggunakan special move . Game yang cantik untuk 2d fighting bagi yang mencari kelainan selain daripada Street Fighter n King of The Fighter..
k..itu saja..You are shock!!..Go Kenshiro!





Tuesday, November 18, 2014

review game Clock Tower 3

Assalamualaikum n salam sejahtera. Ni pertama kali saya nak review game antara favourite sy yang bergenre seram terbitan Capcom bertajuk Clock Tower 3. Kalau Resident Evil kita akan dibekalkan senjata n peluru n dapat bunuh pelbagai zombie, anjing  zombie watak2 ganas dan sebagainya....tetapi kat Clock Tower..semua ni lupakan saje..

Namun game ni kepada yang pernah main tetap bercorak angker menyebabkan jantung berdegup kencang n terperanjat tahap gaban..

Game ni mengisahkan seorang  pelajar perempuan bernama Allysa Hamilton yang sudah lama tidak pulang ke kampung halamannya kerana  belajar di tempat yang jauh. Namun sesuatu yang pelik telah berlaku apabila dia mendapat panggilan misteri dan terpaksa bergegas pulang ke rumahnya. Apabila sampai didapati ibunya telah hilang dan dipercayai disorok oleh lelaki misteri. Suasana menjadi pelik apabila susana keadaan bertukar ke pada zaman perang dunia ke 2.  Allysa kemudia menggembara di sebuah pekan yang sunyi dan dipenuhi oleh roh kematian.
Allysa kemudian terpaksa membantu mangsa roh yang mati tidak aman ini dengan menewaskan roh pembunuh yang kejam  yang membunuh mereka dan mendapatkan kembali barang peninggal memori roh si mati. Roh ini akan memburu Allysa  sepanjang game ini. Tiada senjata yang power dimiliki Allysa hanya dibekalkan air suci dan panah busur. Game ini akan tamat kalau Allysa terkejut n jadi panik...jadi terdapat meter panik n jantung merangkumi nyawa Allysa...Apabila panik meter bertukar warna merah jadi Allysa  akan ditewaskan oleh musuh roh jahat.nak tenangkan kembali hanya dapat gunakan air lavender yang sukar dicari.  Antara watak jahat game ni macam Sledgehammer(bunuh mangsa guna tukul besi, Corroder(guna asid) dll. Game ni sesuai untuk mereka yang minat ngan RE tapi ini versi soft sikit namun tetap menyebabkan jantung korang berdegup kencang..sesuai untuk orang yang sabar..n tabah..hu2.. try la main...





Tuesday, September 2, 2014

Yogi Bear: Game Review

Game review.

Yogi Bear

Assalamualikum n selamat sejahtera kepada anda pembaca blog semua. Di sini saya ingin review sebuah game klasik bagi pelantar Super Nintendo yg baru sy habiskan. Game ni bertajuk Yogi Bear. Kalau watak kartun n animasi kucing yg famous mesti korang ingat nama Garfield, Felix The Cat, Doraemon dan lain-lain. Tapi kalau watak beruang x banyak yg ada jadi yang paling terkenal pastinya Yogi Bear. Bagiku Yogi Bear ni sekali pandang macam jenis beruang Gizzly yang terdapat di Benua Amerika Utara n bersaiz besar dan suka makan madu n amat cekap tangkap ikan guna tangan walau badannya saiz besar. Yogi Bear ni satu watak kartun yang popular pada zaman dahulu dengan memakai topi n tali leher berwarna hijau. Kat Malaysia ni jangan korang ingat takde beruang, kalau ko gi Zoo Negara korang akan nampak  beruang jenis beruang matahari n pasti nanti korang akan ingat mentega kacang sun bear.

Assalamualaikum n have pleasant days to all of my blog readers. At here, I will review another classic retro game from the platform of Nintendo called Yogi Bear.  If the cat character have famous Garfield, Felix the Cat and etc…for bear there is not really too many and for me only the sole of Yogi Bear. Yogi Bear is a retro character animation famous with hat and green neck tie, as for my understanding Yogi is type of grizzly bear. In Malaysia we also have a bear but the size is contradict smaller compare to grizzly and been called as sun bear.

Baik lah mari kita berbalik pasal game ni. Menceritakan mengenai Yogi Bear yang cuba menyelamatkan Taman Jellystone daripada projek tapak pembinaan yang merosakkan alam sekitar.  Untuk pengetahuan korang game ni terbahagi kepada 5 tahap dengan setiap tahap ada 4 bahagian. Oleh itu untuk ke tapak pembinaan Yogi perlu menempuhi pelbagai tahap; antaranya ialah:

Alright lets back to the review, this game is regarding of Yogi Bear whose try to save Jellybean Forest from the destruction by construction site that polluted the surrounding and affected the Jellystone Park severely. As for that, Yogi have to stop the construction site by passing a lot of stages.  For your information these games been devided into 5 stages with every stage have 4 phases.

Tahap pertama: Snow Business ( Bines Salji) Yogi kena menempuhi tahap salji di mana beliau perlu mengelak dengan melompat ke atas musuh seperti orang salji, skunk, burung  dan lain-lain. Yogi akan menang pas sampai kat papan tanda kecil di akhir stage.

First stage(Snow Business): Yogi has to pass or jump on the head of enemy as to pass them. The enemy is consists of snow man, skunk, bird etc. Yogi will win after passing the last small sign board at the end of every phase.

Tahap Dua:
Cave Cappers: Yogi mengembara di dalam gua gelap dengan harus menempuhi halangan seperti pelombong, burung, skunk, tupai, arnab dan lain-lain.

Second stage:
Cave Cappers: The new adventure now take place inside of cave where Yogi have to pass miner, bird, skunk and etc

Tahap Tiga:
Redwood: Yogi kena masuk hutan, tahap ni antara stage yang paling panjang dengan menempuhi halangan musuh yang sama dengan tambahan musuh iaitu hantu.

Third stage: Yogi have to pass out the jungle with an additional of new enemy that's ghost

Tahap Empat:
Water: Yogi mengembara di atas air dengan bantuan memerang. Tapi kalau masuk dalam air ,Yogi boleh berenang sambil menempuhi halangan macam ikan ganas, tong besi dan penyu.

Forth stage: Water: Yogi have to swim or skiing with the help of otter. If Yogi get inside the water, Yogi have to face of new enemy such as  vicious fish, steel container and turtle

Tahap terakhir:
Construction Site: Ini merupakan stage paling sukar di mana pandangan korang akan terkeliru dengan jaringan besi n korang kena banyak melompat dari satu bahagian ke bahagian besi konkrit yang lain.  Paling susah kat bahagian 2 korang kena lompat bakul yang panjang untuk ke bahagian konkrit seterusnya. Musuh korang terdiri daripada pekerja binaan, robot kecil dan jatuhan tong besi.

Last stage: construction site, the most difficult stage as Yogi  have to jump off from the edge of concrete to another concrete with the difficulty of falling steel container, construction worker and small robot.

Penamat: Lepas korang dapat habiskan stage terakhir, last sekali korang akan dapat imej terakhir Yogi diraikan bersama kek dengan meriahnya.

Ending, after passing all of the stages , Yogi lastly will be celebrated with a cake..Yummy..Congratulation

*Untuk dapatkan markah yang tinggi dalam game ni korang boleh dapat point dengan mengumpul seberapa banyak jam randik, bakul dan melepasi lampu, bunga dan lain-lain yang akan menyala atau terbuka pada setiap bahagian game.

Bonus game: kalau korang dapat pergi kat katil di akhir bahagian pada sesetengah tahap  korang nanti akan berada di alam tidur n boleh dapat banyak point dengan mendapatkan pelbagai makanan macam pizza dll.

Bonus game: if you can reach to the bed at certain stages, you will get into bonus game, Yogi will be inside of dream and there are a lot of giant food such as pizza etc that will represent as certain points..

Yogi Bear di Snow Bussiness


Yogi Bear jumpa Snowman




Yogi Bear kat Cave Cappers


Yogi Bear di alam mimpi

Yogi Bear di Hutan Redwood

Yogi Bear menaiki memerang menempuhi halangan air

 Yogi dekat tapak pembinaan



Yogi menyelamatkan taman Jellystone. Diraikan dengan kek. Ni la imej  akhir kalau korang menang game ni...