qisya zahrah

qisya zahrah

Total Pageviews

Friday, April 10, 2015

Dreamcast SEGA

Assalamualaikum geng dan salam sejahtera.. hari ni nak cerita sejarah konsol lagi kat korang supaya korang dapat tambah ilmu sedikit sebanyak..
Apa yang anda akan buat jika anda hampir kehabisan wang dan syarikat anda hampir musnah.. Namun anda tetap berusaha sedaya upaya untuk kali terakhir dengan sebuah impian dan harapan  untuk terus berjaya walaupun sesukar mana.. Begitulah sebuah harapan dan impian yang dilaksanakan oleh SEGA terhadap konsol impian dan harapan mereka yang terakhir iaitu Dreamcast.  Sedikit fakta ringkas..
Nama Konsol: Dreamcast
Pembina : Sega
Tarikh Keluaran: 27 Nov 1998
Tarikh Tamat: 31 Mac 2001. ( Jualan 10.6 juta)

Dreamcast merupakan konsol pertama generasi keenam. Apabila Sega mengeluarkan Dreamcast..jualan Psone mula merosot akibat janaan  grafik untuk Dreamcast adalah lebih tinggi dan berkualiti. Dreamcast juga merupakan konsol pertama di dunia yang dapat melaksanakan permainan game di atas talian melalui internet .

Kejatuhan Dreamcast muncul setelah  Sony mengumumkan pengeluaran konsol mereka terbaharu iaitu lagenda konsol dunia PS2. Konsol  PS2 menggunakan dvd  bagi game yang digunakan menyebabkan grafik dan data dapat dipertingkatkan dalam penggunaan konsol mereka. Berbanding Dreamcast yang menggunakan cd menyebabkan data game yang kecil sahaja dapat dimainkan. Faktor lain kejatuhan Dreamcast ialah  tidak banyak pembina game third party yang mengeluarkan game untuk Dreamcast berbanding PS2 yang disokong oleh Namco, Tecmo, Capcom, Koei dll. Dreamcast terpaksa bergantung kepada diri mereka sendiri iaitu SEGA untuk mengeluarkan game. Faktor terakhir ialah SEGA tidak mendapat bekalan Power VR chipset yang mencukupi oleh pembekal bagi  komponen dalaman untuk membuat konsol Dreamcast menyebabkan tawaran tinggi pengguna tidak dapat mereka sediakan. Akhirnya akibat kos yang semakin tinggi dan keuntungan yang berkurangan menyebabkan SEGA menarik balik pengeluaran Dreamcast. SEGA juga kemudian telahpun keluar daripada industri konsol yang telah mereka sertai semenjak  konsol generasi ke 3. Dulu SEGA adalah pencabar terhebat Nintendo.. kalau Nintendo ada Super Mario mereka ada Sonic.  Berakhirnya legasi  SEGA  di dalam dunia konsol setelah tamatnya hayat Dreamcast, mereka kemudian hanya terlibat sebagai pembina game untuk Sony, Microsoft dan Nintendo. Antara game hebat Dreamcast seperti Shenmue, Marvel vs Capcom2, Crazy Taxy, House of The Dead, Reseident Evil Code Veronica, Power Stone dll.  Jadi kalau korang ada konsol ni pasti korang akan rasa sebuah harapan, impian dan jiwa SEGA padanya..oh Dreamcast.







Monday, April 6, 2015

Konsol PSX


Assalamualaikum geng n salam sejahtera. Hari ni nak cerita secara ringkas sebuah konsol yang tahap rare  n sukar didapati.  Nama  konsol ni PSX..sila jangan terkeliru ngan konsol pertama Sony iaitu Play Station One yang juga dikenali sebagai Ps One dan PSX juga..

Nama Konsol: PSX
Keluaran : Disember 2003
Tamat Pengeluaran: Februari 2005
Generasi: 6


Konsol ni dibina dengan kelebihan sebagai perakam video digital, dilengkapi dengan alat kawalan infra red, RF input dll.  Konsol ini juga mempunyai kelebihan bermain kesemua dvd game untuk konsol ps1 dan ps2. Selama  juga beberapa model ps2 yang mempunyai   kebolehan  backward untuk bermain  game ps1 tapi x kesemua dvd gamenya.. Antara kelebihan lain PSX ialah kebolehan menyimpan datanya..contoh model 5000 ada 160 gb simpanan data..n model 7000 ada 250 gb.  Selain itu  fungsi utama PSX ialah kebolehan mengedit video,audio dan imej yang korang rakam atau ambil  semasa bermain game.  Antara kekurangan konsol ni ialah kalau korang beli PSX ini ianya x disediakan controller..jadi kena beli sendiri controller… jangan risau PSX ni support controller ps2…Konsol ni  kemudian x mendapat sambutan dan hanya dijual kat Jepun..





Wednesday, April 1, 2015

Review game: Metal Slug 6


Assalamualaikum n salam sejahtera geng.. wow bulan perang merupakan tema yang sukar untukku sebab game perang selalunya first person shooter...x mampu nak main first person sebab ada penyakit pening kepala..namun terdapat satu game perang yang cute..yang dapat ku reveiwkan....
Tajuk: Metal Slug 6
Pembina: SNK
Konsol: PS2, aRCADE..
gENRE: lari dan guna senjata..
Mukadimmah...
Game Metal Slug merupakan salah satu franchise terulung oleh SNK selain daripada KOF. Game ni mengisahkan sekumpulan askar comel yang ditugaskan menyelamatkan dunia melalui penaklukan pasukan tentera yang jahat, makhluk asing dll. Untuk pengetahuan korang maksud Metal Slug ni sebenarnya merujuk kepada alatan robot atau mecha yang ada digunakan oleh mereka semasa menentang musuh.
Sipnosis Metal Slug 6:
Askar terulung daripada skuad Pregrine Falcon iaitu Marco ,Tarma,Eri dan Fio sekal lagi ditugaskan untuk menyelamatkan bumi daripada penguasaan Jeneral Morden yang dah banyak kali mereka tumpaskan tapi x pernah2 mengaku kalah untuk menakluk dunia. Kali ini mereka didapati membina kubu di kawasan pergunungan. Jadi mereka kena menyiasat n melakukan serangan sabotaj kepada kelengkapan perang Jeneral Morden. Semasa mereka melakukan serangan di dapati rupanya Jeneral Morden telah berpakat dengan Martian iaitu alien planet Marikh untuk menguasai dunia. Jadi petempuran dahsyat telah pun berlaku.Nak jadi cerita tup2 ada pulak la alien berbentuk serangga yang dipanggil Venusian pulak datang ke bumi untuk menakluk tanah tercinta ini. Pelbagai persoalan pulak timbul apakah kaitan antara Martian dan Venusian? Ini dan banyak lagi jawapan akan terjawab jika anda dapat menyelesaikan game ni..( gurau je geng jangan marah)
Gameplay..
Merupakan game yang mudah side..scrolling kate orang...Seperti biasa korang akan dapat senjata basic machine gun n dapat senjata power setiap kali korang lepaskan tebusan n dia bagi ko senjata cam heavy machine gun, rocket laucher, flame thrower, laser dll..
Namun 2 watak special diberikan untuk korang dari game KOF untuk dijadikan askar membantu unit Falcon kali ini iaitu Ralf n Clark..
Beberapa Slug baru digunakan untuk korang guna masa lawan musuh cam Robo Slug, Mister Slug, Proto Gunner dll
Senang kata game ni comel ,cute nak cubit2 sesuai dimainkan oleh mereka yang nak hilang tension. Ok..hu2 dapat gak wat review game perang ingatkan bulan ni x dapat nak review. Akhir kata ..."Jihad terbesar dalam diri bukanlah jihad bertempur di medan perang..jihad terbesar ialah jihad menentang hawa nafsu dalam diri.." tq bye2 wasalam....








Friday, March 27, 2015

Review Virtual Boy (versi Bahasa Malaysia)





Assalamualaikum n salam sejahtera...hu2 terlalu sibuk sampai x sempat nak wat artikel baru berkaitan sejarah n dunia konsol....
Saban tahun masa-berganti masa-masa pelbagai generasi konsul dihasilkan..perbezaan paling ketara pada konsul ialah grafiknya...Ingat lagi x masa korang mula2 main konsol psone gambar dia agak berpetak2 namun apabila ke ps2 gambar nya cantik n smooth. Jadi hari ni saya nak cerita satu konsol yang paling unik dan melangkaui zamannya untuk menghasilkan grafik terhebat...namun gagal n kecundang..
Nama: Konsol Virtual Boy
Syarikat; Ninetendo
Generasi : 5
Tarikh diterbitkan: Julai 1995
Tarikh ditamatkan: Disember 1995
Jualan 770 ribu unit..
Virtual Boy merupakan eksperimen syarikat Nintendo untuk menghasilkan grafik 3d pertama di dalam dunia konsol. Idea mereka untuk memperlihatkan objek timbul yang membawakan pengalaman berbeza kepada pemain. Namaun kesilapan Nintendo mungkin disebabkan teknologi di zaman itu x kesampaian manakala..grafik 3d mereka hanya menggunakan lebih kurang 2 elemen sahaja iaitu merah dan hitam. Konsol ni juga amat pelik... kalau korang nak main ..mata korang kena pergi dekat binokular konsol baru dapat paparan yang jelas. Last kali konsol ni gagal sebab ramai orang mengadu pening kepala n mual akibat melihat grafik 3d yang pelik. Malah kanak-kanak dilarang bermain konsol ni kerana boleh merosakkan mata. Akhirnya Nintendo terpaksa mengaku kalah buat pertama kali...


Wednesday, March 4, 2015

Sejarah konsol game permainan di Malaysia (Micro Genius)

Asssalamualaikum n salam sejahtera, salam 1 ps2… Hai geng hari ni  saya ingin membawa anda menyelusuri sejarah perkembangan game di Malaysia pada awal n pertengahan tahun 90an. Semasa tu aku baru sekolah rendah  n terdapat sebuah konsol game yg amat famous  ketika itu.. Cer teka? Cer teka..  Saat tu x ada lagi Playstation mahupun Xbox. Jadi fikiran korang mesti terbayang Super Nintendo (SNES)  n Sega Saturn kan?..Pergh semua jawapan tu salah. Konsol paling hebat sekali ketika tu ialah Micro Genius sebuah konsol game yang dikeluarkan oleh syarikat Taiwan. Saat ni boleh kata  para gamer memang minat gilez main game kat konsol ni. Untuk pengetahuan korang ketika tu Nintendo takde ejen atau pengedar rasmi kat Malaysia, maka sebab tu la Micro Genius ni muncul. Syarikat Taiwan ni ambik teknologi daripada Nintendo n klon kan  konsol Famicom untuk wujudkan Micro  Genius. Maknanya setiap game Nintendo yang famous ketika itu cam Super Mario, Contra, Adventure Islands dll boleh main kat sini. Aku ingat lagi game paling aku minat main ialah Contra ..main ngan adik aku..selalu je aku pegang hero baju biru adikku baju merah menjelajah masuk hutan, air terjun dll masa lawan musuh..Pergh!! Namun begitu Micro Genius ni  bukan la ambik klon habis-habisan semua  game Famicom…diorang ni pun sebenarnya hebat gak  n ada keluarkan game sendiri dekat katrij diorang contoh Mahjong khas untuk Micro Genius konsol je.. Hu2 sayangnya konsul aku ni dah rosak n pastu hilang kat mana ntah dalam tahun sekitar 1996..Ok tu je.. semoga korang semua bersemangat nak review game sempena bulan adventure ni… Cerita sejarah game di Malaysia akan bersambung… kalau free aku tulis lagi… Geng artikel ni gak saya letak kat closed group ps2 Malaysia sebab saya salah seorang ahli kat situ. Semoga gamer akan liked group kami ni..yeah!!!



Review God Of War ..versi Bahasa Malaysia

Hai geng n salam sejahtera.  Hari ni saya nak review sebuah game yang paling famous di PS2 dan mencatat jualan kutipan judul game antara yang tertinggi dalam 4.6 juta unit di seluruh dunia x lain dan tak bukan iaitu God of War (Dewa Perang). Game ni bercorak third person viewer dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment dan dibina oleh Studio Monica. Merupakan game eksklusif terutamanya kepada pelantar Playstation.  Game ni bercorak matang  kategori 18PL dan tak sesuai dimainkan oleh gamer di bawah 18 ke bawah kerana  terdapat unsur pertarungan ganas, seks , kekejaman dll.
Jalan cerita game ni…(kebanyakan gamer main game ni  tapi sebenarnya x faham  apa sebenarnya berlaku kat cerita sebenarnya)  jadi kat sini inginku terangkannya…
Sinopsis..
Mengisahkan Kratos yang menjadi seorang seorang  ketua angkatan perang untuk tentera Sparta yang amat handal dan banyak menewaskan musuh. Namun nasib Kratos diambang bahaya di mana tentera beliau akhirnya hampir ditewaskan oleh pasukan pimpinan raja barbarian(orang gasar) dan beliau hampir dibunuh. Sebelum tewas dan mati beliau kemudian  berdoa  dan meminta pertolongan daripada Dewa Perang Greek iaitu Ares untuk memberinya kuasa bagi menewaskan musuh dan kemudian memenangi peperangan. Ares bersetuju dengan perjanjian itu dengan syarat  Kratos perlu menjadi hamba yang akan berkhidmat padanya..maka kemudiannya Kratos dihadiahkan senjata  Blade of Chaos yg dapat bunuh askar barbarian tadi. Nak jadi cerita kemudian  Ares mengarahkan Kratos memusnahkan perkampungan yang di dalamnya  terdapat kuil Dewi Athena. Semasa Kratos melakukan pembunuhan kat perkampungan itu..secara tiba2 Ares telah  dengan sengaja menghantar isteri dan anak Kratos ke kampung tersebut. Semasa gila membunuh beliau telah dengan tidak sengaja membunuh isteri n anak sendiri tanpa menyedarinya. Kemudian secara tiba-tiba seorang ahli nujum kampung tersebut  keluar sambil membaling Kratos dengan abu mayat keluarganya dan kulit Kraotos kemudian bertukar warna menjadi putih abu semenjak itu beliau digelar the “Ghost of Sparta”. Kratos tersentak dan  menyesal akan dosanya  dan berasa amat bersalah setelah membunuh insan yang dia sayangi. Kratos kemudian  ingin membunuh diri tapi dihalang oleh Dewi Athena yang kemudiannya membantu Kratos  untuk membalas dendam  kepada Ares dan menamatkan pembunuhan yang cuba dilakukannya. Maka bermula la perjalanan Kratos mengikut arahan Dewi Athena untuk mencari Pandora Box  yang mempunyai artifak senjata untuk menewaskan Ares.
Pergh panjang gila sipnosis.. Kat sini semasa penggembaraan ini korang akan lawan musuh macam Hidra, gorgon, herpies, cyclop dan sebagainya… Jadi  dalam penggembaraan ni korang kena bunuh  ramai musuh untuk dapat red orbs atau pecahkan barangan n buka kotak. Red orb ni nanti berguna untuk tingkatkan kekuatan senjata. Senjata yg korang guna masa lawan ialah Blades of Chaos dan kebolehan magik yang lain cam Poseidon Rage,  Medusa Gauze dll. Last sekali korang akan lawan Ares dan kalau korang menang serta dapat tewaskan dia maka Kratos la yang akan dapat gelaran Dewa Perang yang baru.






Thursday, February 5, 2015

Review game: Pencak Nujum ,Hakuto no Ken

Assalamualaikum geng n salam sejahtera. Sempena bulan anime ingin saya nak review game yang diambil daripada sebuah anime klasik 80an bertajuk Hakuto No Ken. Sebenarnya anime ni bukan asing kat Malaysia sebab manga dia dijual dan diterbitan oleh Comic House dengan nama Pencak Nujum. Manakala dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Fist of The North Star. Kalau korang layan anime ni betul2 gaya lukisan dia sangatlah berlainan dengan gaya lukisan mangga biasa, karyanya berbentuk lebih realistik dan dicampur gaya gothic. Pelukis komik iaiatu Tetsua Hara ni juga membuat kajian khas berkaitan akupunktur manusia sebab serangan watak utama Kenshiro melibatkan serangan titik akupuntur sebenar manusia. Komik klasik 80an ni bukan sahaja lain tapi bersifat 18SG di mana kematian dan letupan badan manusia dilukis secara dahsyat n realism. 
Game ni diterbitkan oleh Sega yang terkenal dengan francaise game Sonic, House of The Dead, Virtual Fighter dll. Jalan cerita Hakuto no Ken, berkaitan dunia yang hancur pada tahun 20XX akibat daripada peperangan dan serangan bom nuklear. Masyarakat ketika itu tiada undang-undang dan berbunuhan tanpa ada sebarang ketua atau pemerintah. Akhirnya munculnya lelaki misteri bernama Kenshiro yang mempunyai parut titik di badannya yang kemudian menyelamatkan dunia daripada kedahsyatan dan kemusnahan.
Antara watak yang ada ialah Kenshiro, Shin, Raoh,Jagi, Juda, Toki dan lain-lain. Gameplay sama je melawan musih sebanyak dua pusingan n boleh menggunakan special move . Game yang cantik untuk 2d fighting bagi yang mencari kelainan selain daripada Street Fighter n King of The Fighter..
k..itu saja..You are shock!!..Go Kenshiro!